Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki ditangkap miliki senjata berbahaya, lakukan kesalahan dadah

Seorang lelaki 60 tahun kini ditahan kerana memiliki senjata berbahaya di tempat awam dan kesalahan dadah.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki ditangkap miliki senjata berbahaya, lakukan kesalahan dadah

Gambar hiasan. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 31 Jan 2018 09:49PM Dikemas Kini : 31 Jan 2018 09:51PM

SINGAPURA: Seorang lelaki 60 tahun kini ditahan kerana memiliki senjata berbahaya di tempat awam dan kesalahan dadah.

Polis mengesahkan hari ini (31 Jan) lelaki tersebut diberkas pada Ahad lalu (28 Jan) selepas menghayunkan pisau di sebuah kedai kopi di Blok 7 Eunos Cresent sekitar 7.00 malam.

Video yang dimuat naik ke laman Facebook menunjukkan seorang lelaki yang memakai baju berwarna merah memekik-mekik di luar kedai kopi.

Para pegawai polis kemudian menahannya.

Mediacorp difahamkan bahawa lelaki tersebut meletakkan pisau di dalam beg plastik dan meninggalkannya di kawasan kedai kopi itu.

Pisau berkenaan ditemui pihak polis. 

Sumber : CNA/MM/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan