Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki ditangkap kerana lari bogel di Bedok Reservoir Road

Polis menangkap seorang lelaki berusia 32 tahun yang berlari di Bedok Reservoir Road dalam keadaan bogel.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki ditangkap kerana lari bogel di Bedok Reservoir Road

Lelaki ditangkap kerana berbogel di tempat awam.

Diterbitkan : 27 Aug 2017 02:48PM Dikemas Kini : 27 Aug 2017 02:50PM

SINGAPURA: Polis menangkap seorang lelaki berusia 32 tahun yang berlari di Bedok Reservoir Road dalam keadaan bogel.

Suspek mencetuskan kekecohan apabila dia meluru ke jalan raya sehingga kenderaan-kenderaan terpaksa berhenti.

Insiden itu berlaku sekitar pukul 6.30 petang semalam (26 Ogos).

Seorang saksi memberitahu Mediacorp, lelaki berkenaan yang kelihatan mabuk itu pada mulanya masih memakai baju. Namun dia kemudian menanggalkan kesemua pakaiannya.

Dia berada di jalan raya selama dua hingga tiga minit sebelum kembali ke laluan pejalan kaki, menurut saksi tersebut.

Sekurang-kurangnya lima pegawai dilihat mengerumuninya sebelum dia dibawa ke Hospital Besar Changi (CGH).

Siasatan polis masih dijalankan. 

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan