Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki ditangkap, disyaki terlibat kes penipuan pelaburan

Seorang lelaki berusia 55 tahun ditangkap kerana disyaki terlibat dalam satu kes penipuan pelaburan.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki ditangkap, disyaki terlibat kes penipuan pelaburan

(Gambar hiasan)

Diterbitkan : 21 Feb 2021 07:24PM Dikemas Kini : 22 Feb 2021 01:38AM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 55 tahun ditangkap kerana disyaki terlibat dalam satu kes penipuan pelaburan.

Demikian menurut Pasukan Polis Singapura hari ini (21 Feb) dalam satu kenyataan media.

Pada 14 Ogos, polis menerima aduan daripada mangsa, yang diperkenalkan oleh seorang lelaki yang dikenali online untuk membuka akaun dengan sebuah platform pelaburan online.

Wanita itu disuruh lelaki berkenaan untuk membuat pemindahan wang lebih S$74,000 pada 5 dan 6 Ogos tahun lalu ke satu akaun bank khusus.

Selepas melakukan pemindahan tersebut, wanita itu mendapati akaunnya disekat dan beliau tidak dapat mengakses platform pelaburan online berkenaan atau mendapatkan semula wangnya.

Lelaki itu pula tidak dapat dihubungi selepas itu, menurut polis.

Menerusi siasatan, para pegawai dari Divisyen Polis Bedok mengenal pasti identiti seorang lelaki berusia 55 tahun, yang didakwa pemilik akaun bank khusus itu, dan menangkapnya pada 14 September.

Lelaki itu juga didakwa menyediakan lagi dua akaun banknya bagi tujuan pengubahan wang haram, di mana dia menyimpan faedah yang diperoleh daripada kegiatan jenayah bagi pihak seorang lagi individu.

Ketiga-tiga akaun itu digunakan untuk menerima lebih S$700,000.

Lelaki itu akan didakwa di mahkamah esok (22 Feb) atas kesalahan membantu orang lain menyimpan
faedah daripada kegiatan jenayah.

Jika sabit kesalahan di bawah Akta Rasuah, Pengedaran Dadah dan Jenayah Berat Lain (Rampasan Faedah), dia boleh dipenjara sehingga 10 tahun, didenda sehingga S$500,000 atau kedua-duanya sekali.

"Polis memandang serius terhadap sesiapa yang mungkin terlibat dalam penipuan dan pesalah akan ditangani mengikut undang-undang.

"Untuk mengelak daripada bersubahat melakukan jenayah, anggota masyarakat harus selalu menolak permintaan orang lain untuk menggunakan akaun bank atau nombor telefon anda kerana anda boleh dipertanggungjawabkan jika akaun-akaun ini dikaitkan dengan urus niaga haram," menurut polis.

Orang ramai boleh ke laman scamalert.sg atau hubungi hotline Anti-Scam di 1800 722 6688 untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai penipuan.

Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai penipuan sedemikian boleh menghubungi hotline polis di talian 1800 255 0000 atau menyerahkannya online.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan