Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki ditangkap curi wang dari wanita di Newton Road

Seorang lelaki berusia 43 tahun ditangkap kerana didakwa terlibat dalam kes rompakan bersenjata dengan niat mencederakan, setelah seorang mangsa wanita melaporkan dirompak di Newton Road.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki ditangkap curi wang dari wanita di Newton Road

(Petikan gambar: Google Maps)

Diterbitkan : 17 Jul 2019 12:09PM Dikemas Kini : 17 Jul 2019 12:12PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 43 tahun ditangkap kerana didakwa terlibat dalam kes rompakan bersenjata dengan niat mencederakan, setelah seorang mangsa wanita melaporkan dirompak di Newton Road. Demikian menurut polis dalam kenyataan medianya pada Rabu (17 Jul).

Polis dimaklumkan tentang kejadian itu pada sekitar 1.10 pagi Selasa oleh mangsa yang mengadu beliau dirompak seorang lelaki bersenjata dengan pisau. Lelaki itu mencuri wang tunai berjumlah S$2,000 daripadanya.

Menerusi siasatan susulan dan bantuan imej daripada kamera litar tertutup (CCTV), para pegawai Divisyen Polis Tanglin berjaya mengenal pasti identiti suspek dan menangkapnya di North Bridge Road pada Selasa.

Lelaki itu akan didakwa di mahkamah dengan tuduhan melakukan rompakan bersenjata dan menyebabkan kecederaan pada Khamis.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjara antara lima hingga 20 tahun dan tidak kurang daripada 12 sebatan rotan.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan