Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki ditangkap cuba mulakan kebakaran di stesen minyak SPC Tampines

Seorang lelaki berusia 27 tahun ditangkap kerana cuba memulakan kebakaran di stesen minyak Singapore Petroleum Company (SPC) di Tampines.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki ditangkap cuba mulakan kebakaran di stesen minyak SPC Tampines

Stesen minyak SPC. (Gambar: SPC website)

Diterbitkan : 01 Mar 2018 11:08PM Dikemas Kini : 01 Mar 2018 11:09PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 27 tahun ditangkap kerana cuba memulakan kebakaran di stesen minyak Singapore Petroleum Company (SPC) di Tampines.

Menurut kenyataan Pasukan Polis Singapura (SPF) yang dikeluarkan hari ini (1 Mac), ia menerima aduan tentang seorang lelaki yang mengancam kakitangan stesen minyak yang terletak di Tampines Avenue 4 semalam (28 Feb).

Lelaki itu juga cuba untuk memulakan kebakaran menggunakan pemetik api dan aerosol.

Lelaki itu dikenal pasti dan tangkap berdekatan Sims Place hari ini.

Suspek akan didakwa di mahkamah atas kesalahan percubaan melakukan perbuatan nakal menggunakan api esok (2 Mac).

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan