Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki ditangkap, cuba gunakan wang kertas Euro palsu

Seorang lelaki berusia 21 tahun ditangkap kerana didakwa cuba menggunakan wang kertas Euro palsu di Singapura, menurut polis pada Jumaat (11 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki ditangkap, cuba gunakan wang kertas Euro palsu

(Gambar hiasan: Jeremy Long)

Diterbitkan : 11 Jan 2019 11:12PM Dikemas Kini : 11 Jan 2019 11:13PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 21 tahun ditangkap kerana didakwa cuba menggunakan wang kertas Euro palsu di Singapura, menurut polis pada Jumaat (11 Jan).

Pada Selasa (8 Jan), pihak berkuasa menerima satu aduan mengenai seorang lelaki yang cuba untuk menukar dua keping wang kertas €50 (S$78) yang palsu di sebuah kedai pengurup wang di Orchard Road.

Dia kemudian bergegas meninggalkan kedai itu, meninggalkan dua keping wang kertas palsu yang dirampas polis.

Suspek berjaya dikenal pasti dan ditangkap pada Khamis (10 Jan), menurut polis. Sekeping wang kertas €50 (S$78), yang dipercayai palsu, turut dirampas.

Siasatan polis sedang dijalankan. Jika sabit kesalahan, suspek boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga 20 tahun dan didenda. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan