Images
  • handcuff (2)
    Gambar fail seseorang digari. (Gambar: Reuters) 

Lelaki ditangkap berhubung siri penipuan sewa kereta

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 43 tahun ditangkap kerana disyaki terbabit dalam satu siri penipuan menyewa kereta.

Polis menyatakan pada Khamis (13 Feb) bahawa pihaknya menerima tiga aduan antara 24 Disember 2019 dengan 11 Februari 2020 daripada para mangsa yang mendakwa mereka ditipu oleh seorang penjual online, yang mengiklankan kereta-kereta yang disewakan dengan memberikan potongan harga.

Lelaki itu bagaimanapun tidak dapat dihubungi setelah para mangsa membuat pembayaran.

Polis berjaya mengenal pasti identiti suspek menyusuli siasatan yang dijalankan. Lelaki itu ditangkap pada Rabu (12 Feb).

Penjual itu akan didakwa pada Jumaat (14 Feb) atas kesalahan menipu. Jika didapati bersalah, dia boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga 10 tahun dan didenda. 

- CNA/AI/ai

Top