Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki ditahan serang 2 pegawai Certis di Sembawang, sabit berlumuran darah dirampas

Seorang lelaki berusia 30 tahun ditangkap setelah menyerang dua pegawai Certis di Sembawang, menurut polis dalam satu kenyataaan pada Selasa (10 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 Nov 2020 05:05PM Dikemas Kini : 10 Nov 2020 08:53PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 30 tahun ditangkap setelah menyerang dua pegawai Certis di Sembawang, menurut polis dalam satu kenyataaan pada Selasa (10 Nov).

Polis menyatakan pihaknya dimaklumkan mengenai serangan ke atas dua pegawai Certis itu pada sekitar pukul 7.30 malam Isnin (9 Nov).

Kedua-dua pegawai itu bertugas sebagai pegawai penguatkuasa bersama Agensi Sekitaran Nasional (NEA).

Kejadian itu berlaku ketika pegawai itu sedang menjalankan tugas penguatkuasaan di kawasan Canberra Link, menurut polis dalam kenyataan medianya.

"Salah seorang daripada pegawai itu dipercayai ditumbuk di mukanya sementara pegawai yang lagi satu dikelar di tangan dan kakinya oleh seorang lelaki dengan menggunakan sabit," kata pihak berkuasa, sambil menambah bahawa lelaki itu meninggalkan tempat kejadian sebelum polis tiba.

Kedua-dua pegawai tersebut dibawa ke Hospital Khoo Teck Puat.

Pegawai dari Divisyen Polis Woodlands mengenal pasti suspek dengan bantuan kamera polis dan kamera yang dipasang pada badan pegawai. Dia berjaya diberkas dalam masa tujuh jam.

Polis juga merampas sebilah sabit yang berlumuran darah, yang ditemui dekat tempat kejadian. Ia dipercayai adalah senjata yang digunakan lelaki itu untuk menyerang salah seorang pegawai terbabit.

Lelaki tersebut akan didakwa di mahkamah pada Rabu atas kesalahan sengaja menyebabkan kecederaan dengan senjata berbahaya.

Jika sabit kesalahan, dia boleh didenda, dihukum penjara sehingga tujuh tahun, disebat atau gabungan kedua-duanya sekali. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan