Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki ditahan disyaki tipu mangsa ubah elok lebih S$130,000

Seorang lelaki 48 tahun ditangkap pada Khamis (16 Jul) kerana disyaki terlibat dalam siri penipuan ubah elok rumah.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki ditahan disyaki tipu mangsa ubah elok lebih S$130,000

(Gambar: Alif Amsyar)

Diterbitkan : 17 Jul 2020 06:50PM Dikemas Kini : 17 Jul 2020 11:30PM

SINGAPURA: Seorang lelaki 48 tahun ditangkap pada Khamis (16 Jul) kerana disyaki terlibat dalam siri penipuan ubah elok rumah.

Menurut polis, pihaknya menerima pelbagai aduan antara Disember 2019 hingga Julai 2020 daripada mangsa yang dipercayai diperdaya oleh lelaki itu.

Lelaki tersebut mengunjungi rumah mereka untuk mempromosikan khidmat ubah elok kemudian tidak dapat dihubungi setelah bayaran sudah dibuat, menurut polis.

Siasatan awal menunjukkan lelaki itu disyaki terlibat dalam lebih 20 kes di seluruh negara, dan mangsa ditipu lebih S$130,000.

Lelaki itu akan didakwa di mahkamah pada Sabtu. Jika sabit kesalahan, dia akan dijatuhi hukuman penjara sehingga 10 tahun dan didenda.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan