Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki ditahan, baling batu di jalan masuk Bangunan Parlimen

Polis sudah menahan seorang pemandu yang membaling batu di jalan masuk di kawasan luar Bangunan Parlimen pada tengah hari tadi (11 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki ditahan, baling batu di jalan masuk Bangunan Parlimen

Pagar utama Bangunan Parlimen. (Gambar-Gambar: Gaya Chandramohan)

Diterbitkan : 11 Jan 2019 09:30PM Dikemas Kini : 11 Jan 2019 09:34PM

SINGAPURA: Polis sudah menahan seorang pemandu yang membaling batu di jalan masuk di kawasan luar Bangunan Parlimen pada tengah hari tadi (11 Jan).

Polis menyatakan pihaknya dimaklumkan mengenai itu pada sekitar 4.00 petang.

Lelaki berkenaan dilaporkan memandu sebuah kereta ke jalan masuk di kawasan luar Bangunan Parlimen. Dia kemudian membaling batu ke kawasan yang terletak di luar pagar utama Bangunan Parlimen sebelum meninggalkan tempat tersebut, menurut polis.

Pagar utama Bangunan Parlimen. (Gambar-Gambar: Gaya Chandramohan)

Lelaki berusia 45 tahun itu ditahan atas jenayah menceroboh.

Gambar-gambar yang tular di media sosial menunjukkan satu isyarat dihantarkan ke Terminal Data Mudah Alih teksi, bagi memaklumkan para pemandu teksi supaya membantu mengesan sebuah kereta jenis Lexus SUV berwarna hitam yang "memandu masuk" Bangunan Parlimen.

Siasatan polis sedang dijalankan. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan