Images
  • singapore police
    (Gambar: Roslan Rahman/AFP)

Lelaki disiasat setelah disyaki buat laporan palsu kepada polis kononnya dirompak

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 56 tahun sedang disiasat kerana dipercayai membuat aduan palsu bahawa dia telah dirompak, menurut polis dalam satu kenyataan media pada Jumaat (20 Nov).

Lelaki itu membuat aduan pada sekitar pukul 10.00 pagi Khamis mendakwa bahawa dia dirompak oleh dua lelaki yang tidak dikenali di Geylang Road 18 pada sekitar tengah malam.

Pihak polis mengesan beberapa perkara yang tidak konsisten dalam keterangan lelaki itu. Siasatan awal menunjukkan bahawa dia memberikan maklumat palsu dengan mendakwa bahawa dia seorang mangsa rompakan.

Polis sedang menjalankan siasatan terhadap lelaki itu.

Bagi memberikan sebarang maklumat yang dia tahu adalah palsu kepada seorang pekerja awam, lelaki itu boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga setahun, atau didenda sehingga S$5,000, atau kedua-duanya.

"Pihak polis ingin mengingatkan orang awam bahawa sumber-sumber polis boleh digunakan dengan lebih baik iaitu menangani jenayah-jenayah dan kecemasan betul, dan tidak menyiasat laporan atau maklumat palsu," menurut kenyataan media itu.

- CNA/NA/na

Top