Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki dipenjara serang isteri selepas mangsa tolak permintaan seks

Seorang lelaki dihukum penjara dua minggu pada Jumaat (11 Jun) kerana menyerang isterinya selepas mangsa menolak permintaannya untuk melakukan seks.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki dipenjara serang isteri selepas mangsa tolak permintaan seks

Gambar hiasan: Try Sutrisno Foo

Diterbitkan : 11 Jun 2021 03:11PM Dikemas Kini : 11 Jun 2021 03:13PM

SINGAPURA: Seorang lelaki dihukum penjara dua minggu pada Jumaat (11 Jun) kerana menyerang isterinya selepas mangsa menolak permintaannya untuk melakukan seks.

Calvin Kok Chong Meng, 32 tahun mengaku bersalah atas satu tuduhan menggunakan kekerasan keluarga ke atas isterinya yang mempunyai perintah perlindungan peribadi (PPO) terhadapnya.

Satu lagi tuduhan mencederakan isterinya dengan sengaja turut diambil kira.

Mahkamah dimaklumkan bahawa mangsa mendapatkan PPO terhadap Kok pada 18 Januari 2017 selepas dia memukulnya.

Pada 17 Mac 2021, Kok meminum arak selepas pulang dari kerja pada sekitar 11.30 malam.

Pada sekitar 12.00 tengah malam, dia masuk ke bilik di mana isterinya sedang tidur dan minta mangsa melakukan seks.

Apabila isterinya menolak, dia berang dan mula memukul mangsa, menurut dokumen mahkamah.

Pada hari yang sama, mangsa mendapatkan rawatan bagi beberapa luka yang dialami termasuk di kepala, muka, leher, tangan dan paha. Beliau juga membuat aduan polis.

Pendakwa meminta tempoh penjara dua minggu sambil memaklumkan bahawa isteri Kok sudahpun memaafkannya dan mereka sedang menjalani sesi kaunseling.

Atas kesalahan melanggar PPO, dia boleh dihukum penjara sehingga enam bulan, didenda sehingga S$2,000 atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan