Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki dipenjara, rotan conteng kata-kata berbaur perkauman di Geylang

Seorang lelaki yang menconteng grafiti di dinding dan tiang merata kawasan Geylang, termasuk kata-kata berbaur perkauman, dijatuhi hukuman penjara 13 bulan dan sembilan kali rotan pada Isnin (17 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki dipenjara, rotan conteng kata-kata berbaur perkauman di Geylang

Mesej berbaur perkauman yang diconteng di tempat awam (Gambar: Facebook: Balli Kaur Jaswal)

Diterbitkan : 17 Jun 2019 07:12PM Dikemas Kini : 17 Jun 2019 07:27PM

SINGAPURA: Seorang lelaki yang menconteng grafiti di dinding dan tiang merata kawasan Geylang, termasuk kata-kata berbaur perkauman, dijatuhi hukuman penjara 13 bulan dan sembilan kali rotan pada Isnin (17 Jun).

Menurut dokumen mahkamah, sepanjang tempoh seminggu pada Januari lalu, Chen Jianbang, 31 tahun, menconteng lebih daripada 10 mesej menggunakan pen marker di kawasan awam termasuk dinding kolong blok dan laluan pejalan kaki sekitar Geylang dan Aljunied.

Kegiatannya yang " berbaur perkauman" itu termasuk menulis "MALAY MATI".

Menurut Timbalan Pendakwa Raya Shen Wanqin, tulisan -tulisan contengannya itu "dengan niat sengaja menyakitkan hati masyarakat Melayu".

Selain tulisan berbaur perkauman, Chen juga menconteng kata-kata lain di beberapa tempat termasuk di dinding Lai Ming Hotel dan sebuah kotak kawalan lampu trafik di Geylang.

Chen mengaku bersalah atas lima tuduhan merosakkan harta benda awam dan menyakitkan perasaan kaum lain, dengan 12 lagi tuduhan diambil kira semasa menjatuhkan hukuman.

Menurut mahkamah lagi, contengan yang dibuat oleh Chen mendapat perhatian awam dan pihak penguasa.

KEHARMONIAN KAUM TUNJANG KEAMANAN, TEGAS PENDAKWA

"Tertuduh dengan sengaja menconteng kata-kata berbaur perkauman di ruang privet dan awam, membolehkan kata-kata itu dilihat berkali-kali sepanjang tempoh tersebut," kata pihak pendakwa. "Tertuduh turut menulis kata-kata ugutan bunuh dalam tulisan yang diconteng."

Menurut beliau "hukuman berat pencegahan" perlu dijatuhkan. Beliau menambah Mahkamah Tinggi sebelum ini pernah menyatakan kesalahan melibatkan hubungan antara kaum perlu dicegah "kerana keharmonian kaum adalah tunjang keamanan dan kemajuan di Singapura".

Beliau menambah, Chen adalah seorang pesalah bentan yang melakukan kesalahan sejurus selepas menjalani hukuman penjara 21 bulan bagi satu lagi kesalahan berkaitan hartanah.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan