Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki dipenjara kerana suruh anak 11 tahun makan ubat tidur berlebihan

Seorang lelaki yang menyuruh anak perempuannya yang berusia 11 tahun makan pil tidur berlebihan setelah berbalah dengan isterinya, dipenjara selama enam bulan dan dua minggu pada Rabu (13 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki dipenjara kerana suruh anak 11 tahun makan ubat tidur berlebihan

Gambar hiasan pil ubat (Gambar: REUTERS/Lucas Jackson)

Diterbitkan : 13 Jan 2021 09:46PM Dikemas Kini : 13 Jan 2021 09:57PM

SINGAPURA: Seorang lelaki yang menyuruh anak perempuannya yang berusia 11 tahun makan pil tidur berlebihan setelah berbalah dengan isterinya, dipenjara selama enam bulan dan dua minggu pada Rabu (13 Jan).

Lelaki berusia 40 tahun itu, yang masih berkahwin tetapi hidup terpisah dari isterinya, ingin menunjukkan kepada pasangannya bahawa pertikaian perkahwinan mereka menyebabkan anak perempuan mereka mengalami tekanan, dan menunjukkan kesalahannya kerana tidak menjaga mangsa dengan betul.

Semua identiti pihak dalam kes tersebut tidak dapat didedahkan demi melindungi identiti mangsa.

Lelaki itu mengaku bersalah pada November atas tiga tuduhan menganiaya seorang kanak-kanak di bawah jagaannya, dengan sengaja menghalang keadilan dan menggunakan kata-kata cemuhan kepada polis. Tiga tuduhan lain diambil kira dalam menjatuhkan hukuman.

Mahkamah diberitahu bahawa lelaki itu tinggal berasingan dari isterinya semasa melakukan kesalahan pada April 2018 ekoran pertengkaran perkahwinan, dan mempunyai hak penjagaan terhadap mangsa.

Pada 7 April 2018, mangsa merasa tidak sedap badan dan meminta ibunya menjemputnya untuk ke doktor, tetapi ibunya sebaliknya meminta anak perempuannya itu menaiki teksi ke flatnya.

Lelaki itu menelefon isterinya dan bertengkar dengannya. Pada awal pagi 8 April 2018, dia menyuruh anak perempuannya untuk mengambil sebotol pil tidur, yang mengandungi amitriptyline, bahan yang disenaraikan sebagai racun dalam Akta Racun.

Marah setelah bergaduh dengan isterinya, lelaki itu mengarahkan anak perempuannya supaya
makan pil kepunyaan neneknya. Gadis itu lalu makan enam pil sebelum pergi ke taman permainan seperti yang diarahkan oleh ayahnya.

Dia mengambil lebih banyak pil kemudian atas arahan ayahnya lalu pengsan. Lelaki itu membawa gadis itu ke rumah isterinya, sambil menelefon 995 dalam perjalanan, dan isterinya membuka pintunya lalu melihat mangsa terkulai di lantai.

Lelaki itu memberitahu bahawa menjadi kesalahan isterinya itu jika apa-apa terjadi kepada anak mereka. Kanak-kanak itu dibawa ke hospital kerana terlebih dos amitriptilin dan dalam keadaan mental yang terubah.

Dia dirawat di hospital selama lebih sebulan, apabila ayahnya memintanya untuk berbohong kepada polis dan berkata bahawa dia mengambil pil itu sendiri untuk membunuh diri.

Gadis itu melakukan demikian dan disiasat atas percubaan membunuh diri, namun kesalahan ayahnya terbongkar ketika gadis itu memberitahu pekerja sosial mengenai kejadian itu pada Ogos 2018.

Atas kesalahan menganiaya kanak-kanak di bawah jagaannya, lelaki itu boleh dipenjara hingga empat tahun, didenda tidak melebihi S$4,000, atau kedua-duanya. Bagi kesalahan menghalang proses keadilan, dia boleh dipenjara hingga tujuh tahun, didenda, atau kedua-duanya. 

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan