Images
  • tap
    (Gambar: Bigstock)

Lelaki dipenjara kerana curi paip air dari stesen polis Woodlands

SINGAPURA: Seorang lelaki yang mencuri paip air dari balai polis di Woodlands dan memasang paip tersebut di rumahnya sendiri, dijatuhi hukuman penjara selama tiga bulan pada Khamis (15 Ogos).

Seah Kian Li, 50 tahun berada di Divisyen Polis Woodlands pada 1 Mac untuk menjamin keluar abangnya dari bali polis tersebut apabila dia mencuri paip bernilai S$171.20 daripada singki.

Perbuatannya itu didedahkan hampir sebulan kemudian pada 28 Mac, apabila seorang pekerja pembersihan menyedari paip air tersebut sudah hilang daripada tandas.

Cik Hanisah Isnin melaporkan perkara itu kepada pengurus kemudahan bagi balai polis tersebut, yang melaksanakan beberapa pemeriksaan dan melaporkan hal itu kepada seorang pegawai logistik bagi Divisyen Polis Woodlands.

Pegawai itu kemudian memeriksa rakaman kamera litar tertutup atau CCTV lalu melihat Seah melonggarkan skru paip air singki tersebut dan mencurinya.

Setelah Seah dikenal pasti, pegawai itu membuat laporan polis di Pusat Kejiranan Polis Woodlands West pada 16 Apr.

Rumah Seah digeledah dan paip air yang dicuri itu dijumpai dipasang di singki tandasnya.

Paip air itu dirampas sebagai bahan bukti kes dan Seah diberkas.

Bagi kesalahan merosakkan harta benda awam, Seah boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga tiga tahun atau dikenakan denda maksimum sebanyak S$2,000.

- CNA/NA/na

Top