Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki dipenjara, disebat kerana cuba masuk S'pura dengan sampan

 Seorang lelaki berusia 21 tahun dijatuhi hukuman penjara enam minggu dan sebat empat kali kerana cuba untuk memasuki Singapura secara haram dengan menggunakan sampan.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki dipenjara, disebat kerana cuba masuk S'pura dengan sampan

Seorang lelaki berusia 21 tahun dan seorang remaja lelaki 16 tahun diberkas di perairan dekat Taman East Coast. (Gambar: ICA)

Diterbitkan : 20 Feb 2019 02:35PM Dikemas Kini : 20 Feb 2019 02:36PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 21 tahun dijatuhi hukuman penjara enam minggu dan sebat empat kali kerana cuba untuk memasuki Singapura secara haram dengan menggunakan sampan.

Pihak berkuasa mengenal pasti lelaki itu sebagai Erpendi. Dia ditangkap bersama seorang remaja lelaki berusia 16 tahun, menurut polis dan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dalam satu kenyataan bersama hari ini (20 Feb).

Kedua-dua lelaki itu ditemui di dalam sampan tersebut di kawasana laut berdekatan East Coast Park, menuju ke Singapura pada sekitar 10.45 malam pada 10 Februari.

Mereka dipintas dan diberkas oleh Polis Pengawal Pantai di bawah Akta Imigresen kerana memasuki Singapura secara haram.

Polis dan ICA menyatakan bahawa remaja itu tidak didakwa, namun sebaliknya diberi amaran tegas.

Di bawah Akta Imigresen, sesiapa yang didapati bersalah memasuki Singapura secara haram menghadapi hukuman penjara sehingga enam bulan dan disebat sekurang-kurangnya tiga kali.

"Sempadan kami adalah barisan pertahanan pertama dalam menjaga keselamatan Singapura," menurut polis dan ICA.

"Kami akan terus menjalankan pemeriksaan keselamatan ke atas para penumpang dan kenderaan-kenderaan di pusat-pusat pemeriksaan dan sempadan maritim bagi mencegah sebarang percubaan untuk menyeludup manusia, dadah, senjata, bom atau barang-barang terlarang."  

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan