Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki dipenjara, disebat kerana cabul kehormatan amah yang tidur di luar MBS

Seorang lelaki yang merancang pergi ke kasino di Marina Bay Sands (MBS) untuk berjudi, 

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki dipenjara, disebat kerana cabul kehormatan amah yang tidur di luar MBS

Gambar fail Marina Bay Sands. (Gambar: Melissa Zhu)

Diterbitkan : 01 Aug 2018 03:35PM Dikemas Kini : 01 Aug 2018 03:38PM

SINGAPURA: Seorang lelaki yang merancang pergi ke kasino di Marina Bay Sands (MBS) untuk berjudi,
ternampak seorang amah yang tidur di sebuah bangku di luar lalu mencabul kehormatannya.

Hosan Daluar, warga Bangladesh berusia 29 tahun, tidak bekerja pada masa insiden tersebut pada 27 Mei. Sebaliknya, dia berada di Singapura untuk menantikan penyelesaian kes tuntutan kecederaan yang dialaminya di tempat kerja yang dilaporkan kepada Kementerian Tenaga Manusia.

Hosan mengunjungi MBS pada 26 Mei dan memasuki kasino selepas tengah malam dengan tujuan berjudi, tetapi tidak berbuat sedemikian, menurut dokumen mahkamah.

Pada sekitar 3.00 pagi, dia meninggalkan kasino dan ternampak mangsa, seorang pembantu rumah Filipina berusia 29 tahun, tidur di sebuah bangku di luar MBS.

Dia sedang tidur dalam pelukan teman lelakinya, seorang pekerja binaan Bangladesh berusia 32 tahun.

Hosan menyelitkan tangannya ke dalam seluar pendek wanita itu dan mencabul kehormatannya.

Dia melarikan diri setelah wanita itu terjaga, tetapi ditangkap oleh seorang pengurus keselamatan MBS.

PENGURUS KESELAMATAN MBS SANGSI DAN EKORI TERTUDUH

Pengurus keselamatan, Encik Teo Mui Boon, memerhatikan gerak-geri Hosan.

Ini kerana beliau memerhatikan Hosan berkelakuan mencurigakan semasa di dalam kasino MBS sebelum itu.

Hosan duduk sangat rapat dengan beberapa wanita tetapi tidak terlibat dalam apa-apa perjudian. Encik Teo memutuskan untuk mengekori Hosan, bersama seorang rakan sekerja, dan ternampak Hosan menggerakkan tangannya ke arah wanita Filipina di bangku tersebut.

Rakan sekerja Encik Teo menghubungi pihak polis yang tiba dan memberkas Hosan.

Timbalan Pendakwa Raya Nicholas Lai berkata bahawa ia merupakan eksploitasi yang berat, dengan adanya pencerobohan privasi. Beliau juga berkata bahawa mangsa mudah diserang kerana beliau tertidur dan mempunyai jaket yang menutupi kepalanya.

Beliau mengusulkan hukuman penjara lapan bulan dan tiga sebatan. Ini disetujui Hakim Daerah Ng Peng Hong.

Tertuduh, yang tidak diwakili peguam membisu apabila ditanya jika dia ingin berkata apa-apa.

Bagi kesalahan menyerang atau penggunaan kekerasan jenayah terhadap seseorang dengan tujuan mencabul kehormatan, Hosan boleh dipenjara sehingga dua tahun, didenda, disebat, atau gabungan mana-mana hukuman tersebut. 

Sumber : CNA/KN/kn
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan