Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki dipenjara, didenda kerana import 4,560 uncang tembakau kunyah masuk S'pura

Seorang lelaki 41 tahun dijatuhi hukuman penjara selama lima minggu dan didenda S$250 kerana mengimport 4,560 uncang tembakau kunyah ke Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki dipenjara, didenda kerana import 4,560 uncang tembakau kunyah masuk S'pura

Tertuduh menunjuk kepada panel pembesar suara di mana dia menyembunyikan tembakau kunyah (kiri), dan tembakau kunyah yang dirampas (kanan). (Gambar-gambar: ICA, HSA)

Diterbitkan : 15 Nov 2018 03:15PM Dikemas Kini : 15 Nov 2018 03:19PM

SINGAPURA: Seorang lelaki 41 tahun dijatuhi hukuman penjara selama lima minggu dan didenda S$250 kerana mengimport 4,560 uncang tembakau kunyah ke Singapura.

Tembakau berkenaan, yang dilarang di Singapura, bernilai antara S$4,560 hingga S$9,120 dalam pasaran gelap, menurut Penguasa Sains Kesihatan (HSA) hari ini (15 Nov).

Pada 12 Ogos tahun lalu, kenderaan Kartigesy Seledory diperiksa para pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) ketika ia memasuki Singapura melalui Pusat Pemeriksaan Tuas.

Para pegawai menemui 2,460 uncang tembakau khaini Hans Chaap - sejenis tembakau kunyah - yang disembunyikan pada pintu dan panel pembesar suara belakang kenderaan.

Siasatan lanjut mendapati Kartigesy juga menyeludup masuk 2,100 uncang dua hari sebelumnya, menurut HSA.

Kartigesy mendakwa bahawa seorang kenalannya di Malaysia berjanji akan membayar S$250 setiap kali beliau berjaya menyeludup masuk produk-produk berkenaan ke Singapura.

"Tembakau Khaini adalah sejenis tembakau kunyah yang digunakan dengan dimasukkan ke dalam mulut. Ia terdiri daripada daun tembakau yang lembap, berwarna cokelat gelap, dicampur dengan kapur dan mempunyai bau yang kuat," menurut HSA.

Tindakan mengimport dan menjual produk-produk yang katanya kian popular, seperti shisha, tembakau tanpa asap dan tembakau kunyah, dilarang di Singapura. Sesiapa yang didapati mengimport atau menjual produk-produk ini boleh dipenjara sehingga enam bulan, didenda sehingga S$10,000, atau kedua-duanya. Hukuman seganda lebih berat akan dijatuhkan ke atas pesalah berulang.

Kartigesy merupakan individu keempat di Singapura yang didapati bersalah dan dipenjara kerana mengimport tembakau kunyah.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan