Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki dipenjara, cabul kehormatan anak perempuan semasa tidur

Seorang lelaki berusia 54 tahun dijatuhi hukuman penjara 15 bulan hari ini (2 Ogos) atas kesalahan mencabul kehormatan anak perempuannya semasa dia sedang tidur.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki dipenjara, cabul kehormatan anak perempuan semasa tidur

Gambar fail. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 02 Aug 2018 09:53PM Dikemas Kini : 02 Aug 2018 09:56PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 54 tahun dijatuhi hukuman penjara 15 bulan hari ini (2 Ogos) atas kesalahan mencabul kehormatan anak perempuannya semasa beliau sedang tidur.

Lelaki itu, yang namanya tidak boleh didedahkan bagi melindungi identiti anak perempuannya juga dijatuhi hukuman tambahan enam minggu penjara sebagai ganti hukuman sebat. Dia tidak boleh disebat kerana berusia lebih 50 tahun.

Mahkamah diberitahu bahawa anak perempuan lelaki itu yang berusia 22 tahun masuk ke biliknya untuk tidur pada 4 Oktober tahun lalu. Beliau terjaga pada sekitar 4.00 pagi kerana merasa tangan seseorang mencabuli kehormatannya.

Beliau membuka matanya dan ternampak tertuduh mencangkung di sebelah katilnya, dengan lengan kiri dihulur ke arahnya.

Beliau mencapai telefon bimbitnya lalu bapanya mengundurkan tangannya dan keluar dari bilik itu.

Wanita itu berasa takut dan rasa beliau dicabul, menurut Timbalan Pendakwa Raya Goh Yi Ling.

Beliau membuat aduan polis pada bulan seterusnya yang beliau dicabul oleh bapanya.

Siasatan menunjukkan bahawa tertuduh melakukan serangan seksual ke atas anak perempuannya dengan cara yang sama sejak pertengahan tahun 2013, apabila anaknya berusia 17 tahun. Tertuduh akan masuk ke bilik anaknya semasa beliau tidur dan mencabul kehormatannya.

Pihak pendakwa meminta hukuman penjara 15 bulan dan enam minggu ke atasnya yang disetujui hakim.

Menurut pendakwa, perbuatan tertuduh melibatkan sentuhan kulit, dirancang dan menyalahguna kepercayaan.

Lelaki itu mengaku bersalah atas satu tuduhan kekerasan jenayah dengan tujuan mencabul kehormatan anak perempuannya.

Dia memberitahu mahkamah bahawa dia mempunyai banyak tanggungjawab dan perlu membayar hutang dan bil rumah.

"Isteri saya baru mula bekerja dan gajinya kecil," katanya. "Saya kesal."

Dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun, didenda, disebat, atau gabungan mana-mana hukuman itu. 

Sumber : CNA/KN/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan