Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki dipenjara bantu individu tidak dikenali pindahkan wang hasil jenayah

Seorang lelaki berusia 29 tahun dijatuhi hukuman penjara empat minggu pada Isnin (3 Mei) kerana bersubahat dengan individu yang tidak dikenali untuk menjalankan satu perniagaan menyediakan khidmat bayaran tanpa lesen.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki dipenjara bantu individu tidak dikenali pindahkan wang hasil jenayah

Gambar hiasan. (Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 04 May 2021 10:25AM Dikemas Kini : 04 May 2021 10:30AM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 29 tahun dijatuhi hukuman penjara empat minggu pada Isnin (3 Mei) kerana bersubahat dengan individu yang tidak dikenali untuk menjalankan satu perniagaan menyediakan khidmat bayaran tanpa lesen.

Warga Malaysia Marzuki Zakaria dijanjikan gaji bulanan sebanyak S$2,000 serta komisyen harian setelah dia membuat permohonan pekerjaan sambilan yang diiklankan di Gumtree.

Dia mendapat bayaran sebanyak S$137 kerana menyediakan khidmat bayaran itu, menurut polis dalam satu kenyataan media.

Siasatan oleh Jabatan Ehwal Komersil mendedahkan bahawa antara 18 Feb 2020 dengan 21 Feb 2020, Marzuki menjalankan perniagaan menyediakan khidmat bayaran iaitu khidmat pemindahan wang dalam negeri - dengan menerima 16 pemindahan wang berjumlah S$4,397 secara keseluruhan ke dalam akaun banknya, sebelum memindahkannya ke akaun-akaun bank tempatan menggunakan PayNow.

Urus niaga-urus niaga itu dilakukan di bawah arahan individu tidak dikenali yang menjanjikan gaji bulanan dan bayaran komisyen kepadanya.

Daripada jumlah S$4,379 yang dimasukkan ke dalam akaun banknya, S$1,754 merupakan hasil daripada jenayah skim penipuan online, menurut polis.

"(Marzuki) tidak mempunyai lesen untuk mengendalikan perniagaan yang menyediakan sebarang bentuk khidmat bayaran di Singapura dan dia bukan penyedia khidmat bayaran terkecuali di bawah Akta Khidmat Bayaran 2019," menurut polis.

Lelaki berusia 29 tahun itu mengaku bersalah atas kesalahan itu. Dia boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun, didenda sehingga S$125,000 atau kedua-duanya sekali.

Polis memberi amaran bahawa para penipu sedang mengerahkan orang untuk melakukan pemindahan wang hasil pencurian bagi pihak mereka.

"Para penipu mungkin mengiklankan pekerjaan yang membolehkan anda untuk bekerja dari rumah dan menawarkan gaji lumayan untuk menjalankan tugas mudah seperti menggunakan akaun bank peribadi anda untuk menerima dan memindahkan wang," kata polis.

"Syarikat-syarikat sah tidak akan memerlukan anda untuk menggunakan akaun bank peribadi untuk menerima duit bagi pihak mereka."

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan