Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki dikenakan amaran tegas; hambur komen guris perasaan keluarga warga India di pantai Pasir Ris

Seorang lelaki India warga Singapura yang membuat kenyataan ofensif terhadap keluarga warga India di Taman Pantai Pasir Ris diberi amaran tegas, menurut polis pada Selasa (18 Ogos) ketika menjawab pertanyaan Mediacorp. 

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki dikenakan amaran tegas; hambur komen guris perasaan keluarga warga India di pantai Pasir Ris

Taman Pantai Pasir Ris. (Petikan gambar: Google Maps)

Diterbitkan : 18 Aug 2021 03:16PM Dikemas Kini : 18 Aug 2021 03:18PM

SINGAPURA: Seorang lelaki India warga Singapura yang membuat kenyataan ofensif terhadap keluarga warga India di Taman Pantai Pasir Ris diberi amaran tegas, menurut polis pada Selasa (18 Ogos) ketika menjawab pertanyaan Mediacorp.

Lelaki berusia 47 tahun itu disiasat kerana mengganggu orang awam dan mengeluarkan kata-kata dengan niat sengaja mahu menyakitkan perasan kaum lain.

Insiden pada 2 Mei lalu itu pertama kali dilaporkan oleh Mothership, yang menerima rakaman video tersebut daripada keluarga warga India berkenaan.

Dalam video itu, lelaki berusia 47 tahun tersebut dilihat menjerit ke arah seorang lagi lelaki. Dia menuduh lelaki itu tidak memakai pelitup dan melanggar peraturan jarak selamat serta bertanya di mana beliau menjalani Perkhidmatan Negara (NS).

Dia juga mengungkap "ini negara saya" dan "anda sedang merebakkan virus" semasa pertikaian itu.

Polis pada Selasa menyatakan lelaki itu menjerit dan membuat komen lain termasuk "berambus" dan "jaga jarak anda" sekali gus mencetuskan kebimbangan keluarga tersebut.

"Siasatan juga mendapati bahawa lelaki itu menghentikan tingkah lakunya menyusuli campur tangan daripada orang awam tanpa mengeruhkan lagi keadaan," menurut polis.

Setelah selesai menjalankan siasatan dan mendapatkan nasihat Pejabat Peguam Negara, polis menyatakan pihaknya mengeluarkan amaran keras terhadap lelaki itu pada 22 Jun atas kesalahan mencetuskan gangguan di bawah Seksyen 4 (2) Akta Perlindungan Daripada Gangguan.

Kesalahan menyebabkan gangguan awam membawa hukuman penjara sehingga tiga bulan, didenda sehingga S$2,000 atau kedua-duanya sekali.

Sesiapa yang menghamburkan kata-kata yang dengan sengaja berniat untuk mengguriskan perasaan indvidu daripada kaum lain boleh berdepan hukuman tiga tahun dalam penjara, denda sehingga S$5,000 atau kedua-duanya sekali. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan