Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki dijel serang mangsa dengan gunting di pusat penjaja

Seorang lelaki dihukum penjara selama setahun pada Khamis (29 Ogos) kerana menyerang seorang lelaki lebih tua di pusat penjaja makanan disebabkan hutang.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki dijel serang mangsa dengan gunting di pusat penjaja

Petikan gambar daripada Google Street View.

Diterbitkan : 29 Aug 2019 06:33PM Dikemas Kini : 29 Aug 2019 06:37PM

SINGAPURA: Seorang lelaki dihukum penjara selama setahun pada Khamis (29 Ogos) kerana menyerang seorang lelaki lebih tua di pusat penjaja makanan disebabkan hutang.

Ang Thiam Soon, 48 tahun bersemuka dengan Tan Seh Kiat pada 21 Jun di pusat penjaja di Blok 75, Toa Payoh Lorong 5. Mahkamah diberitahu Encik Tan berhutang dengan pakcik Ang.

Menurut Timbalan Pendakwa Raya Sanjiv Vaswani,kedua-dua lelaki mula bertengkar dan Ang yang menjadi marah kemudian mengeluarkan sepasang gunting daripada beg kecil di pinggangnya dan mula menikam Encik Tan.

Encik Tan melarikan diri ke kolong blok berdekatan, tetapi terjatuh. Ang terus menyerangnya dengan menikam bahagian telinga kiri Encik Tan beberapa kali sebelum meninggalkan tempat tersebut.

Encik Tan menerima rawatan di Hospital Tan Tock Seng. Beliau mempunyai luka berbentuk Y disebabkan oleh kecederaan di bahagian telinganya. Bahagian tulang rawannya juga koyak.

Mangsa menerima 12 jahitan disebabkan kecederaan di bahagian telinganya, dan diberikan cuti sakit selama tiga hari.

Ang dikenal pasti dan ditahan menyusuli insiden tersebut. Dia mengaku bersalah pada Khamis (29 Ogos) atas satu tuduhan mencederakan mangsa dengan sengaja.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan