Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki dijel kerana pandu sehingga kereta terhumban dalam perairan Sentosa Cove

Seorang lelaki yang memandu sehingga keretanya terhumban ke dalam perairan dekat Sentosa Cove pada 2017, ketika di bawah pengaruh dadah, hari ini (10 Jan) dijatuhi hukuman penjara selama setahun dan dilarang memandu selama dua tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki dijel kerana pandu sehingga kereta terhumban dalam perairan Sentosa Cove

Kereta Lim terhumban ke dalam perairan Sentosa pada 27 Ogos 2017. (Petikan gambar: Tamil Musk/YouTube)

Diterbitkan : 10 Jan 2019 03:57PM Dikemas Kini : 10 Jan 2019 04:02PM

SINGAPURA: Seorang lelaki yang memandu sehingga keretanya terhumban ke dalam perairan dekat Sentosa Cove pada 2017, ketika di bawah pengaruh dadah, hari ini (10 Jan) dijatuhi hukuman penjara selama setahun dan dilarang memandu selama dua tahun.

Lim Jin Ping, 37 tahun, memandu kereta Toyota Voxy berwarna putih di laluan pejalan kaki yang kemudian terhumban ke dalam perairan Cove Drive pada 25 Ogos 2017. Video-video yang merakam insiden itu tersebar secara online tidak lama kemudian.

Mahkamah diberitahu Lim, bapa kepada tiga orang anak, memandu keretanya kerana berasa marah atas beberapa urusan peribadi, termasuk kerana ayahnya tidak membenarkannya untuk menggunakan panel suria di rumah bagi menguji sebuah konsep perniagaan.

Bekas pemandu Grab itu memandu dari rumahnya di Potong Pasir ke Sentosa, di mana dia merempuh penghadang besi gantri tanpa berhenti memandu.

Dia kemudian memandu bertentangan dengan arus trafik lalu melanggar seorang pengawal keselamatan Sentosa di pulau itu.

Lim tidak berhenti dan sebaliknya terus memandu di jalan sehingga dia tiba di W Singapore, di mana dia memandu di laluan pejalan kaki bersebelahan hotel dan tangga, menghala pangkalan kapal layar lalu terhumban ke dalam laut di kawasan itu.

Seorang renjer dan rakannya, yang mengejar Lim, meminta bantuan para penyelam.

Penyelam terlatih David Roberts, yang kapalnya berlabuh di kawasan berdekatan, segera bertindak. Beliau menyelam ke dalam laut, memecahkan tingkap kereta dengan menggunakan batu lalu menarik Lim keluar.

LIM PENYALAH GUNA DADAH

Lim dikejarkan ke hospital dan amphetamina dan methamphetamine didapati pada sampel air kencingnya.

Lim kemudian mengaku dia mengambil amphetamina sebelum keluar memandu pada hari itu. Lim berkata dia sering mengambil dadah itu dan sebelum ini dimasukkan ke Institut Kesihatan Mental bagi psikosis dirangsang dadah.

Akibat tindakan cuainya, kerja-kerja pembaikan yang perlu dijalankan menelan kos S$6,801.11.

Lim mengaku bersalah pada November atas dakwaan termasuk sengaja menyebabkan kecederaan, mengambil dadah dan mengakibatkan kerosakan.

PEJALAN KAKI TIDAK MENJANGKAKAN KERETA DIPANDU KE ARAH MEREKA

Pihak pendakwa meminta hukuman lebih berat dikenakan terhadap Lim iaitu sekurang-kurangnya hukuman penjara selama 16 bulan dan empat minggu.

Tindakannya yang memandu di laluan pejalan kaki dan tangga bersebelahan W Singapore "mengancam keselamatan para pejalan kaki yang tidak menjangkakan sama sekali kenderaan dipandu ke arah mereka," kata Timbalan Pendakwa Raya Yang Ziliang.

Beliau menggesa supaya hakim tidak mempertimbangkan hujah peguam bela Lim yang mengatakan anak guamnya merupakan pesalah pertama, kerana Lim sering menyalahgunakan dadah.

Hakim Daerah Kessler Soh hari ini (10 Jan) menjatuhi hukuman penjara selama 11 bulan dan empat minggu, di samping mengenakan larangan memandu yang berkuat kuasa sebaik sahaja dia dibebaskan dari penjara.

Hakim mengarahkan supaya kereta Lim dipulangkan kepadanya.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan