Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki dijel kerana cabul wanita yang sedang tidur dalam bas

Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara selama empat bulan dua minggu pada Rabu (13 Jan) kerana mencabul kehormatan seorang wanita di sebuah bas.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki dijel kerana cabul wanita yang sedang tidur dalam bas

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 13 Jan 2021 10:05PM Dikemas Kini : 13 Jan 2021 10:06PM

SINGAPURA: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara selama empat bulan dua minggu pada Rabu (13 Jan) kerana mencabul kehormatan seorang wanita di sebuah bas.

Khin Chin Jie, seorang warga Malaysia berusia 22 tahun, meminta hakim untuk tidak mendedahkan namanya, tetapi percubaannya itu gagal.

Mahkamah diberitahu bahawa si mangsa, seorang wanita 29 tahun, menaiki bas dua tingkat dari Orchard Road menuju Clementi pada 28 Ogos tahun lalu.

Dia duduk di barisan terakhir ketiga di bahagian atas bas itu dan tertidur. Dia tersedar di Holland Village dan apabila melihat tiada sesiapa di sebelahnya, dia menyambung tidur.

Khin menaiki bas itu lebih awal sebelum itu dan bertukar tempat duduk untuk duduk bersebelahan mangsa, yang masih sedang tidur. Dia melihatnya dan ternampak beberapa helai rambut di bahagian dadanya, menurut Timbalan Pendakwa Raya Joseph Gwee.

Dia kemudian menyentuh bahagian dadanya. Si mangsa terasa dirinya disentuh dan serta-merta terbangun, Khin kelihatan terkejut dan dengan cepat menarik balik tangannya, menurut mahkamah.

Si mangsa tidak mahu melihat wajah Khin, sebaliknya beliau merenung ke arah Khin dan tidak berkata apa-apa. Khin kemudian meninggalkan bas itu berdekatan stesen MRT Buona Vista.

Si mangsa membuat aduan polis secara online pada hari yang sama, menyatakan dia dicabul dalam bas 106.

Timbalan Pendakwa Raya Joseph Gwee yang meminta hukuman penjara sekurang-kurangnya lima bulan, mengatakan bahawa kesalahan itu berlaku dalam rangkaian pengangkutan awam.

Atas kesalahan mencabul kehormatan mangsa, Khin boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga dua tahun, didenda, disebat, atau sebarang gabungan daripada hukuman-hukuman itu.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan