Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki dijel 6 bulan kerana serang pelayan

Seorang bekas pengurus bank dijatuhi hukuman penjara selama enam bulan semalam (28 Mac) kerana menumbuk seorang pelayan yang menolak pelawaannya.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki dijel 6 bulan kerana serang pelayan

Gambar hiasan. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 29 Mar 2018 08:57AM Dikemas Kini : 29 Mar 2018 08:59AM

SINGAPURA: Seorang bekas pengurus bank dijatuhi hukuman penjara selama enam bulan semalam (28 Mac) kerana menumbuk seorang pelayan yang menolak pelawaannya.

Samson Tanuwidjaja juga diarahkan supaya membayar sekitar S$635 sebagai pampasan kepada mangsa, Cik Tessie Chen, yang mengalami patah tulang pada bahagian hidung selepas insiden yang berlaku pada 2015.

"Kebanyakan lelaki, apabila ditolak pelawaannya, tidak akan memaksa. Tertuduh, bagimanapun, tidak dapat menerima kenyataan bahawa pelayan itu menolaknya," kata Timbalan Pendakwa Raya Kelly Ho.

Cik Chen bekerja di Peyton Place, sebuah restoran di Orchard Towers. Tanuwidjaja memesan minuman daripadanya dan cuba mendekatinya, namun Cik Chen berkali-kali menolaknya.

Dia kemudian menunggu Cik Chen di luar restoran. Cik Chen bagaimanapun melarikan diri sebaik sahaja melihatnya, dedah pendakwa raya.

Tanuwidjaja mengekorinya. Dia menarik lengannya, lalu menolaknya ke dalam semak dan menumbuknya berkali-kali di bahagian muka, kepala dan dada di luar Kedutaan Diraja Thailand di Orchard Road pada awal pagi 28 Oktober 2015.

Cik Chen pengsan dan kemudian dikejarkan ke hospital.

Pendakwa menggesa mahkamah supaya menjatuhkan hukuman penjara 15 bulan ke atas suspek kerana tindakannya menyebabkan Cik Chen mengalami kesakitan secara fizikal dan emosinya turut terjejas akibat serangan itu.

Atas kesalahan menyebabkan kecederaan teruk, Tanuwidjaja boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan dirotan.

Dia kini diikat jamin S$30,000 sementara menunggu perbicaraan rayuannya. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan