Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki dijel 51 bulan kerana serang, cabul dan tumbuk wanita berlari-lari anak

Seorang pemandu penghantaran yang sedang menonton video lucah di dalam vannya ternampak seorang wanita yang sedang berlari-lari anak bersendirian.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki dijel 51 bulan kerana serang, cabul dan tumbuk wanita berlari-lari anak

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 11 Aug 2020 10:50PM Dikemas Kini : 11 Aug 2020 10:55PM

SINGAPURA: Seorang pemandu penghantaran yang sedang menonton video lucah di dalam vannya ternampak seorang wanita yang sedang berlari-lari anak bersendirian. Dia lalu keluar dari vannya untuk mencabul kehormatannya serta menarik wanita itu ke kawasan semak.

Apabila wanita itu mula bergelut, lelaki tersebut menumbuk dadanya, menyebabkan mangsa terjatuh dan luka di bahagian sikunya.

Atas satu tuduhan mencabul teruk, Kannan Sukumaran, 60 tahun dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan tiga bulan pada Selasa (11 Ogos).

Mahkamah diberitahu bahawa Kannan meletak vannya di jalan raya utama di Yishun Avenue 1 pada waktu malam 12 Mei lalu.

Ketika itu, dia sedang menonton video lucah di dalam vannya pada sekitar pukul 7.30 malam apabila dia ternampak mangsa, wanita berusia 36 tahun, yang sedang berlari-lari anak bersendirian di laluan pejalan kaki.

Kannan keluar dari vannya, menghampiri mangsa dari belakang dan menahannya menggunakan tangan kanan.

Dia kemudian meraba wanita itu dan cuba menolaknya ke kawasan semak bersebelahan laluan pejalan kaki, tetapi wanita itu melawannya.

Seorang lagi wanita yang sedang berlari-lari anak, terdengar jeritan mangsa meminta tolong menghampiri beliau. Apabila Kanan menyedarinya, dia segera melarikan diri.

Wanita yang kedua itu sempat mencatat nombor plat vannya dan menelefon polis. Anggota paramedik memberi rawatan kepada mangsa tetapi beliau enggan dibawa ke hospital. Kannan diberkas di rumahnya.

Atas kesalahan mencabul teruk, Kannan boleh dihukum penjara antara dua tahun hingga 10 tahun. Dia tidak disebat kerana berusia melebihi 50 tahun.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan