Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki dijel 10 minggu tumbuk pelanggan wanita di pusat penjaja Bukit Merah

Seorang lelaki berusia 61 tahun dijatuhi hukuman penjara 10 minggu pada Rabu (8 Sep) kerana menyerang seorang pengunjung lain di Pusat Penjaja 115 Bukit Merah View tahun lalu menyusuli satu pertelingkahan antara mereka. 

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki dijel 10 minggu tumbuk pelanggan wanita di pusat penjaja Bukit Merah

(Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 09 Sep 2021 09:55AM Dikemas Kini : 09 Sep 2021 09:56AM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 61 tahun dijatuhi hukuman penjara 10 minggu pada Rabu (8 Sep) kerana menyerang seorang pengunjung lain di Pusat Penjaja 115 Bukit Merah View tahun lalu menyusuli satu pertelingkahan antara mereka.

Warga Singapura Cho Wai Keong mengaku bersalah sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Cik Tan Poh Cheng, 61 tahun, yang merupakan penolong gerai kopi.

Mahkamah diberitahu kedua-dua individu itu adalah rakan sekerja dan Cik Tan seringkali mengunjungi pusat penjaja tersebut.

Pada 6 September tahun lalu, sekitar jam 8.00 malam, mereka sedang meminum alkohol di meja yang berasingan. Cho duduk bersama bekas temanitanya manakala wanita itu hanya bersendirian.

Cho kemudian terlihat beberapa rakan duduk berhampiran Cik Tan dan dia pergi ke sana untuk bersembang dengan mereka.

Ketika bersembang, Cho perasan Cik Tan bercakap dengan kuat di meja bersebelahan maka, dia meminta wanita itu supaya memperlahankan suaranya.

Kedua-dua individu itu mula bergaduh dan saling memarahi satu sama lain. Setelah berhenti bergaduh, Cho yang mahu meninggalkan pusat penjaja tersebut menumbuk Cik Tan sekali pada bahagian mukanya apabila dia berjalan melalui wanita itu.

Cik Tan jatuh ke hadapan dan terhantuk kepalanya di meja apabila Cho berlalu pergi.

Seorang lelaki lain di meja berhampiran dan beberapa rakan sekerja lain menolong Cik Tan bangun dan membawanya pulang untuk berehat.

Keesokan hari, Cik Tan bangun dan pergi ke Hospital Besar Singapura (SGH) kerana beliau masih mengalami sedikit rasa sakit di kepalanya. Satu imbasan CT ke atas otaknya menunjukkan beliau mengalami pendarahan di kepalanya.

Beliau dimasukkan ke hospital selama dua hari dan diberi cuti sakit kira-kira sebulan. Wanita itu perlu membayar S$789 bagi rawatannya melalui akaun MediSave Tabung Simpanan Pekerjanya (CPF).

Beliau juga membuat laporan polis di Pusat Polis Kejiranan Bukit Merah West, mengatakan bahawa selepas beliau terhantuk kepalanya di meja, beliau pusing dan melihat Cho melarikan diri.

Atas kesalahan menyebabkan kecederaan, lelaki itu boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau didenda sehingga S$5,000 atau kedua-duanya sekali. 

Sumber : Today/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan