Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki dijel 10 bulan, bantu 4 warga Sri Lanka dapat pasport palsu

Seorang lelaki rakyat Malaysia dijatuhi hukuman penjara 10 bulan kerana pembabitannya dalam membantu empat warga Sri Lanka mendapatkan pasport palsu Malaysia.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki dijel 10 bulan, bantu 4 warga Sri Lanka dapat pasport palsu

Dari kiri (mengikut arah jam): Rakyat Malaysia Jagathes Kumar Koil Pillai, warga Sri Lanka Krishnapillai Navaraj, Suresh Sutharshiny, Kalaichandran Vinothan and Kajenthiran Kajeepan. (Gambar-gambar: ICA)

Diterbitkan : 02 Aug 2018 07:55PM Dikemas Kini : 02 Aug 2018 07:58PM

SINGAPURA: Seorang lelaki rakyat Malaysia dijatuhi hukuman penjara 10 bulan kerana pembabitannya dalam membantu empat warga Sri Lanka mendapatkan pasport palsu Malaysia.

Jagathes Kumar Koil Pillai, 42 tahun, menyerahkan pasport palsu dan pas masuk pesawat bagi penerbangan ke Itali pada 27 Disember 2017, dalam sebuah tandas di Terminal 1 Lapangan Terbang Changi pada 27 Disember 2017.

Selepas itu, dia kembali ke Malaysia, menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) hari ini (2 Ogos).

Keempat-empat warga Sri Lanka, berusia antara 19 hingga 37 tahun itu, ingin mendapatkan suaka di Itali atau Switzerland, dan meminta bantuan seorang ejen Sri Lanka yang tidak dikenali, menurut ICA.

Ejen berkenaan kemudian mengatur perjalanan mereka melalui Singapura dan mengenakan bayaran antara 1,000,000 dengan 3,000,000 rupee Sri Lanka (S$8,500 - S$25,600).

Pasport palsu masing-masing mempunyai gambar mereka namun butiran yang tertera bukan maklumat sebenar mereka.

Para pegawai ICA memberkas keempat-empat rakyat Sri Lanka itu dan masing-masing dijatuhi hukuman penjara selama lapan bulan pada 12 Januari.

Jagathes pula diberkas pada 3 Julai di Kuala Lumpur dengan bantuan dari Pasukan Polis Singapura dan Polis Diraja Malaysia. Dia dibawa ke Singapura pada keesokan harinya untuk menjalani siasatan.

"ICA memandang serius sesiapa yang memiliki dokumen perjalanan palsu atau bersubahat untuk mendapatkan dokumen sedemikian," menurut pihak berkuasa.

Mereka yang didapati bersalah memiliki dokumen perjalanan palsu boleh didenda sehingga S$10,000 dan dipenjara sehingga 10 tahun.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan