Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki didenda tidak isytihar bawa mata wang S$376,000 masuk Singapura

 Seorang lelaki berusia 49 tahun didenda S$8,000 pada Selasa (20 Ogos) kerana gagal mengisytiharkan wang tunai bernilai sekitar S$376,000 yang dibawa masuk ke negara ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki didenda tidak isytihar bawa mata wang S$376,000 masuk Singapura

(Gambar: AFP/Adek Berry)

Diterbitkan : 20 Aug 2019 09:23PM Dikemas Kini : 20 Aug 2019 09:25PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 49 tahun didenda S$8,000 pada Selasa (20 Ogos) kerana gagal mengisytiharkan wang tunai bernilai sekitar S$376,000 yang dibawa masuk ke negara ini.

Abdul Satar Affandi, seorang warga Indonesia, ditahan oleh seorang pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan bagi pemeriksaan biasa di lapangan terbang ketika tiba dari Jakarta pada 9 Apr.

Apabila ditanya pegawai itu, Affandi berkata dia tidak ada apa-apa untuk diisytiharkan, dan meletakkan begnya ke dalam mesin imbasan X-ray.

Sejumlah wang tunai yang banyak dikesan di dalam begnya. Apabila dia membuka beg tersebut, pelbagai mata wang asing ditemui di dalam.

Ia termasuk 350 keping wang kertas Singapura S$1,000, 155 keping mata wang Rupiah pecahan Rp 100,00, (S$1,483), dan 260 keping mata wang dolar Australia pecahan A$100 (S$25,135).

Menurut Affandi, wang tunai tersebut miliknya untuk digunakan bagi berjudi dan rawatan perubatan di Singapura. Dia juga mendakwa tidak tahu wang yang dibawa masuk dan keluar dari Singapura perlu diisytiharkan sekiranya ia melebihi S$20,000.

Wang tersebut dirampas dan Affandi mengaku bersalah pada Selasa terhadap satu tuduhan tidak memberikan laporan penuh dan tepat mengenai pergerakan wang tunai melebihi S$20,000 yang dibawa masuk ke Singapura.

Dua lagi tuduhan diambil pertimbangan.  

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan