Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki didenda S$3,700 kerana elak bayar GST bagi 200 jubah wanita

Seorang lelaki warga Singapura 34 tahun didenda kerana cuba elak membayar GST untuk lebih 200 jubah panjang wanita di Pusat Pemeriksaan Woodlands.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki didenda S$3,700 kerana elak bayar GST bagi 200 jubah wanita

(Gambar: FACEBOOK/ICA)

Diterbitkan : 03 Jul 2018 12:27PM Dikemas Kini : 03 Jul 2018 12:29PM

SINGAPURA: Seorang lelaki warga Singapura 34 tahun didenda kerana cuba elak membayar GST untuk lebih 200 jubah panjang wanita di Pusat Pemeriksaan Woodlands.

Pegawai kastam Singapura menahan lelaki tersebut di Pusat Pemeriksaan Woodlands Khamis lalu (28 Jun) dan mendapati bahawa beliau mengisytiharkan nilai lebih rendah bagi baju-baju yang beliau sedang bawa masuk ke Singapura.

Dalam satu catatan Facebook pada Isnin, Kastam Singapura menyatakan: "Siasatan lanjut mendapati bahawa nilai sebenar adalah tujuh kali ganda lebih daripada nilai yang diisytiharkan lelaki tersebut. Baju-baju tersebut adalah untuk dijual di Singapura, dan lelaki berkenaan mengisytiharkan harga lebih rendah untuk mengaup untung lebih."

Nilai GST yang dielak melebihi S$370, dan lelaki itu didenda S$3,700.

"Ia adalah tanggungjawab pelawat untuk mengisytiharkan dengan tepat dan menyeluruh nilai semua barangan dikenakan cukai yang dibawa masuk ke Singapura," menurut ICA.

"Di bawah Akta Kastam, sesiapa yang gagal mengisytiharkan atau membuat pengisytiharan yang salah mengenai barangan dicukai boleh didenda 10 kali ganda cukai atau GST yang dielak, atau didakwa di mahkamah."

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan