Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki didenda S$12,800 kerana import secara haram, simpan 100 tarantula

Menurut AVA dalam satu kenyataan, permintaan untuk haiwan liar seperti tarantula akan menggalakkan perdagangan haram hidupan liar, yang memberi kesan buruk terhadap jumlah pelbagai spesies hidupan liar.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki didenda S$12,800 kerana import secara haram, simpan 100 tarantula

(Gambar: AVA)

Diterbitkan : 02 Aug 2018 03:00PM Dikemas Kini : 02 Aug 2018 03:48PM

SINGAPURA: Seorang lelaki 34 tahun didenda S$12,800 kerana mengimport secara haram dan menyimpan labah-labah tarantula di rumahnya setelah dia ditahan di Pusat Pemeriksaan Tuas dengan memiliki enam tarantula yang masih hidup dalam sebuah beg.

Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA) dalam satu kenyataan media bersama Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) menyatakan pada Rabu (1 Ogos) bahawa apabila ditahan untuk diperiksa pada 14 Januari, Tam Jiaming memberitahu seorang pegawai ICA bahawa dia tidak mempunyai sebarang barang untuk diisytharkan.

Bagaimanapun, pegawai itu menemui enam tarantula hidup, disimpan berasingan dalam bekas pada sebuah beg, di tempat duduk penumpang bahagian belakang kereta.

Dalam siasatan susulan di rumah Tam, AVA menemui dan merampas lagi 92 tarantula.

Tarantula tidak diluluskan sebagai haiwan peliharaan di Singapura.

Sebahagian tarantula yang ditemui merupakan spesies yang dilindungi di bawah Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Bagi Spesies Flora dan Fauna Liar Terancam (CITES), menurut agensi itu. Labah-labah itu sudah diletakkan di bawah penjagaan Wildlife Reserves Singapore.

Menurut AVA dalam satu kenyataan, permintaan untuk haiwan liar seperti tarantula akan menggalakkan perdagangan haram hidupan liar, yang memberi kesan buruk terhadap jumlah pelbagai spesies hidupan liar.

Mereka yang didapati bersalah menyimpan dan menjual hidupan liar secara haram, boleh didenda sehingga S$1,000 dan harus menyerahkan haiwan tersebut.

Mengimport, memiliki atau menjual sebarang spesies yang dilindungi CITES tanpa permit juga merupakan kesalahan yang membawa hukuman denda sehingga S$50,000 bagi setiap haiwan yang disenaraikan CITES - sehingga jumlah maksimum S$500,000 - dan sehingga dua tahun penjara.

Sekiranya haiwan-haiwan itu mengalami penderitaan atau kesakitan, mereka yang sabit kesalahan boleh dikenakan denda tambahan sehingga S$10,000 dan dijatuhi hukuman penjara sehingga 12 bulan. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan