Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki didenda kerana miliki produk kesihatan tidak berdaftar termasuk pil, lebih 40,000 kondom untuk dijual

Seorang lelaki didenda S$32,500 pada Khamis (30 Jul) kerana memiliki produk kesihatan yang tidak berdaftar termasuk lebih 40,000 kondom, pil pencegah kehamilan dan peralatan perubatan untuk dijual.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki didenda kerana miliki produk kesihatan tidak berdaftar termasuk pil, lebih 40,000 kondom untuk dijual

Gambar fail pil pencegah kehamilan. (Gambar: Unsplash)

Diterbitkan : 30 Jul 2020 09:53PM Dikemas Kini : 30 Jul 2020 09:57PM

SINGAPURA: Seorang lelaki didenda S$32,500 pada Khamis (30 Jul) kerana memiliki produk kesihatan yang tidak berdaftar termasuk lebih 40,000 kondom, pil pencegah kehamilan dan peralatan perubatan untuk dijual.

Jika dia tidak boleh membayar denda itu, lelaki tersebut akan menjalani hukuman penjara selama 130 hari.

Song Bowen, 27, mengaku bersalah atas 13 tuduhan membekalkan produk kesihatan yang tidak berdaftar di bawah Akta Produk Kesihatan, dengan 25 lagi tuduhan diambil kira.

Kes itu terbongkar apabila Song terperangkap dalam satu operasi polis, apabila menemui seorang pegawai di kolong blok di Yishun untuk menjual pil pencegah kehamilan.

Pil itu adalah produk kesihatan tidak berdaftar yang mengandungi 'Levonorgestrel', iaitu bahan aktif yang hanya terdapat dalam ubat diberikan oleh doktor. Ia digunakan sebagai pencegahan darurat untuk mencegah kehamilan, dan tidak lebih daripada empat pil boleh dimakan setiap bulan, menurut pendakwa Penguasa Sains Kesihatan (HSA).

Pegawai itu membeli sebiji pil yang berharga S$20 dan kemudian menghantarnya mesej untuk membeli lebih banyak lagi pil dan melihat pil pencegahan kehamilan berjenama lain.

Song mengambil tiga jenis pil pencegahan kehamilan dan berjumpa pegawai itu sekali lagi di luar flat Song di Yishun.

Bagaimanapun, pegawai itu memperkenalkan dirinya sebagai seorang pegawai polis, memberkasnya dan merampas pil-pil tersebut.

Pegawai HSA membuat serbuan di flat Song pada hari itu dan menjumpai pelbagai produk kesihatan yang tidak berdaftar termasuk ribuan kondom dan "produk terapeutik".

Barangan yang disita termasuk pelbagai jenama kondom, setiap satu mempunyai antara 3,980 hingga 7,700 keping.

Bagi setiap tuduhan membekalkan produk kesihatan yang tidak berdaftar, Song boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga dua tahun, didenda sehingga S$50,000, atau kedua-duanya.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan