Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki didenda kerana bawa masuk lebih S$100,000 tanpa isytihar ke S'pura

Seorang warga China didenda S$5,000 pada Selasa (9 Jul) kerana membawa masuk wang tunai melebihi S$100,000 ke Singapura tanpa membuat perisytiharan.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki didenda kerana bawa masuk lebih S$100,000 tanpa isytihar ke S'pura

Gambar fail matawang Singapura. (Gambar: /Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 09 Jul 2019 07:18PM Dikemas Kini : 09 Jul 2019 07:19PM

SINGAPURA: Seorang warga China didenda S$5,000 pada Selasa (9 Jul) kerana membawa masuk wang tunai melebihi S$100,000 ke Singapura tanpa membuat perisytiharan.

Jiang Aijun, 48 tahun, tiba di Lapangan Terbang Changi Singapura pada 12 Mei dengan membawa bersamanya S$S$104,000 dan 8,515 yuan (S$1,683).

Menurut Jiang, dia tahu bahawa dia perlu membuat perisytiharan kerana membawa wang tunai melebihi S$20,000.

Bagaimanapun, Jiang mendakwa seorang pramugari dalam pesawat penerbangannya ke sini memberitahunya bahawa dia tidak perlu melakukan sedemikian.

Dua hari selepas tiba di Singapura, Jiang bersama dua lagi orang pergi ke mesin ATM Bank of China di BOC Plaza untuk mengeluarkan duit.

Seorang pegawai khidmat pelanggan yang bertugas di bank tersebut memerhatikan ada beberapa urus niaga dilakukan di mesin ATM dan beliau melihat rakaman kamera litar tertutup CCTV. Ia menunjukkan Jiang dan mereka yang bersamanya mengeluarkan wang dalam jumlah yang besar daripada mesin ATM dengan menggunakan beberapa kad.

Pegawai khidmat pelanggan itu kemudian memaklumkan kepada polis mengenai perkara tersebut dan Jiang diberkas di hotel tempat dia menginap keesokan harinya pada 15 Mei.

Semasa ditangkap, Jiang mempunyai S$104,000 dan 8,515 yuan bersamanya.

Jiang mendakwa wang tersebut bagi membayar yuran sekolah anaknya dan juga membeli sebuah apartmen di Singapura.

Dia mengaku bersalah pada Selasa atas satu dakwaan membawa masuk wang tunai melebihi S$20,000 ke Singapura tanpa melaporkannya kepada pegawai berkuasa.

Sesiapa yang didapati bersalah membawa wang tunai melebihi S$20,000 masuk atau keluar daripada Singapura boleh dipenjarakan sehingga tiga tahun, didenda sehinga S$50,000 atau kedua-duanya sekali.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan