Images
  • evaporisers
    Pengewap elektronik dan peralatan berkaitan lain yang dirampas dari kediaman Chong Weisheng. (Gambar: HSA)

Lelaki didenda jumlah rekod S$99,000 kerana jual e-pengewap secara online

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 35 tahun didenda jumlah rekod S$99,000 kerana menjual pengewap elektronik secara haram dalam talian.

Dalam kenyataan media pada Isnin (9 Sep), Penguasa Sains Kesihatan (HSA) menyatakan ia menyelongkar kegiatan Chong Weisheng yang menyalahi undang-undang itu menerusi pengawasan online dan siasatan. Rumahnya di Gangsa Road diserbu pada Mac 2015.

Chong membeli alat-alat pengewap itu daripada pelbagai pembekal luar negara, mengiklankan dan menjualnya semua di laman web huntersbrew.net.

Pengewap elektronik termasuk e-rokok, e-cerut dan sebarang peralatan yang beroperasi menggunakan bateri untuk mengeluarkan wap nikotin.

Chan mengambil langkah-langkah untuk mengelakkan diri daripada dikesan oleh para pemeriksa HSA seperti menukar nama domain laman web sebanyak dua kali dan memerlukan pengguna untuk memasukkan kata laluan sebelum boleh mengaksesnya. Chan juga bersikap memilih terhadap pelanggannya.


Petikan gambar laman yang digunakan Chong untuk mengiklankan dan menjual [engewap elektronik. (Gambar: HSA)

Menurut HSA, kesemua urus niaga dinamakan sebagai "khidmat IT komputer" bagi menyembunyikan kegiatan terlarang tersebut.

Sejak 2014, pihak berkuasa melaksanakan tindakan undang-undang terhadap 20 orang atas kesalahan menjual pengewap elektronik. Denda ke atas Chong adalah jumlah tertinggi denda sedemikian sejak 2014 apabila seorang pesalah didenda S$64,500.

Sesiapa yang didapati menjual, mengimport atau mengedarkan pengewap elektronik boleh didenda sehingga S$10,000, dipenjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya. Hukuman seberat dua kali ganda dikenakan terhadap pesalah kali kedua dan pesalah berulang.

Penggunaan, pembelian atau pemilikan pengewap elektronink juga boleh dikenakan hukuman denga sehingga S$2,000. 

- CNA/FZ/fz

Top