Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki didenda hantar gambar bawah skirt kepada pegawai polis trafik setelah diingatkan bayar saman

Seorang lelaki berusia 34 tahun didenda S$3,000 pada hari Rabu (30 Sep) kerana menghantar pesanan tidak senonoh dan dua gambar bawah skirt wanita lain kepada seorang pegawai polis trafik wanita.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki didenda hantar gambar bawah skirt kepada pegawai polis trafik setelah diingatkan bayar saman

Muhamad Idris Kairudin. (Gambar fail TODAY)

Diterbitkan : 30 Sep 2020 08:43PM Dikemas Kini : 30 Sep 2020 08:52PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 34 tahun didenda S$3,000 pada hari Rabu (30 Sep) kerana menghantar pesanan tidak senonoh dan dua gambar bawah skirt wanita lain kepada seorang pegawai polis trafik wanita.

Muhamad Idris Kairudin memberitahu mahkamah dia tidak mempunyai wang untuk membayar denda itu kerana baru mula bekerja dua minggu lalu.
Dia akan menjalani hukuman penjara dua minggu sebagai ganti denda.

Pada hari Rabu, dia mengaku bersalah terhadap satu tuduhan membuat kenyataan menghina terhadap seorang penjawat awam.

Pegawai itu, yang bertugas dalam pasukan siasatan waran polis trafik, mengingatkan Idris melalui pesanan teks WhatsApp pada 29 Mei untuk membayar saman tertunggaknya berhubung dua kesalahan lalu lintas.

Dokumen mahkamah tidak memberikan perincian kesalahan tersebut.
Pegawai itu berkata beliau menghantar mesej tersebut selepas panggilan telefon kepada Idris tidak dijawab. Idris membalas mesejnya pada kira-kira 12.30 pagi 30 Mei dengan mengirim dua gambar bawah skirt wanita.

Dia juga mengirim pesanan teks yang memaki carut.

Pegawai tersebut membuat laporan polis di Pusat Polis Kejiranan Sengkang pada 3 Jun.

Pada lewat petang itu, Idris ditangkap di Jurong West Street 65. Polis merampas telefon bimbit jenama Samsung daripadanya.

Pegawai Pendakwa Negara M Ramasamy meminta denda dikenakan, dengan berkata tindakan Idris itu sesuatu yang "tidak seharusnya dilakukan".

Idris boleh dipenjara sehingga setahun, didenda sehingga S$5,000 atau kedua-duanya. 

Sumber : CNA/SU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan