Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki didenda benarkan warga asing bukan pekerja tidur di ladang

Seorang lelaki berusia 58 tahun didenda S$1,500 pada Rabu (13 Feb) kerana melanggar undang-undang pelesenan ladang, menurut Penguasa Agromakanan dan Veterinar Singapura (AVA).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki didenda benarkan warga asing bukan pekerja tidur di ladang

Seorang pekerja asing menetap bersama tiga ekor anjing dalam sebuah kontena. (Gambar: AVA)

Diterbitkan : 14 Feb 2019 08:14AM Dikemas Kini : 14 Feb 2019 08:17AM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 58 tahun didenda S$1,500 pada Rabu (13 Feb) kerana melanggar undang-undang pelesenan ladang, menurut Penguasa Agromakanan dan Veterinar Singapura (AVA).

Selepas menerima aduan daripada orang awam, para pegawai AVA melakukan serbuan bersama Penugasa Tanah Singapura (SLA) dan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) di Kai Hong Aquatics.

Toh Kay Hong, pemegang lesen ladang tersebut, didapati melanggar undang-undang pelesenan ladang AVA dengan membenarkan beberapa kontena bahan sisa disimpan di kawasan ladang itu.

Toh juga membiarkan dua warga asing yang bukan kakitangannya untuk tinggal di situ. Salah seorang daripadanya ditemui menetap bersama tiga ekor anjing dalam kontena perkapalan yang diubahsuai menjadi tempat tinggal sementara.

"Kerana ruang tanah yang terhad di Singapura, tanah ladang dikhususkan untuk tujuan pertanian," menurut AVA.

"Hanya pertanian atau kegiatan berkaitan pertanian yang diluluskan pihak berkuasa yang relevan dibenarkan di ladang."

Mereka yang didapati melanggar syarat pelesenan AVA boleh dipenjara sehingga setahun dan menghadapi denda maksimum S$10,000.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan