Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki didakwa miliki alat renjatan menyerupai iPhone; tarik rambut wanita

Seorang lelaki didakwa di mahkamah pada Jumaat (21 Mei) atas kesalahan memiliki sebuah alat renjatan tanpa lesen yang menyerupai iPhone dan menarik rambut seorang wanita di dalam sebuah teksi.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki didakwa miliki alat renjatan menyerupai iPhone; tarik rambut wanita

Alat renjatan yang menyerupai sebuah telefon bimbit. (Gambar: SPF)

Diterbitkan : 21 May 2021 12:27PM Dikemas Kini : 21 May 2021 12:29PM

SINGAPURA: Seorang lelaki didakwa di mahkamah pada Jumaat (21 Mei) atas kesalahan memiliki sebuah alat renjatan tanpa lesen yang menyerupai iPhone dan menarik rambut seorang wanita di dalam sebuah teksi.

Alexander Aw Boon Hao, 30 tahun, dikenakan satu tuduhan memiliki alat tersebut pada sekitar 11.40 malam tanggal 26 November 2020 di sebuah blok di Ang Mo Kio.

Hanya 10 minit sebelum itu, dia didakwa mencederakan seorang wanita dengan menarik rambut mangsa di dalam sebuah teksi semasa dalam perjalanan ke blok tersebut.

Polis menyatakan pada November lalu bahawa ia dimaklumkan tentang kes yang didakwa sebagai serangan pada hari berkenaan.

Siasatan awal menunjukkan Aw mengenali mangsa. Polis menemui alat renjatan yang menyerupai sebuah telefon bimbit itu pada Aw ketika memeriksa barangannya dan merampas alat itu sebelum memberkasnya.

Aw merancang untuk mengaku bersalah dan diberikan satu tarikh untuk berbuat demikian pada Julai ini.

Dia boleh dipenjara sehingga tiga tahun dan didenda tidak melebihi S$5,000 jika disabit kesalahan di bawah Akta Senjata dan Bahan Letupan kerana memiliki alat renjatan tanpa lesen.

Hukuman maksimum bagi kesalahan sengaja menyebabkan kecederaan adalah sama. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan