Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki didakwa kerana pelihara, jual 25 ekor ayam di flat Pasir Ris

Kes seorang lelaki yang didakwa kerana memelihara 25 ekor ayam dalam flatnya di Pasir Ris, turut mengendalikan sebuah ladang ternakan tanpa lesen dan mengedarkan ayam dari rumahnya, disebut sekali lagi di mahkamah pada Rabu (9 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki didakwa kerana pelihara, jual 25 ekor ayam di flat Pasir Ris

(Gambar: Unsplash)

Diterbitkan : 09 Jun 2021 06:01PM Dikemas Kini : 09 Jun 2021 06:04PM

SINGAPURA: Kes seorang lelaki yang didakwa kerana memelihara 25 ekor ayam dalam flatnya di Pasir Ris, turut mengendalikan sebuah ladang ternakan tanpa lesen dan mengedarkan ayam dari rumahnya, disebut sekali lagi di mahkamah pada Rabu (9 Jun).

Eric Woo Yoke Meng, 50 tahun, berdepan dengan tiga tuduhan di bawah Akta Haiwan dan Burung (Pelesenan Ladang), (Pencegahan Penyakit Burung pada Ayam Itik Bukan Komersil) dan (Pameran dan Kedai Haiwan).

Dia dituduh memelihara 25 ekor ayam dalam sebuah flat tingkat sembilan di Blok 275 Pasir Ris Street 21 pada 9 Julai 2020.

Ini lebih daripada jumlah yang dibenarkan iaitu sebanyak 10 ekor yang bukan untuk tujuan komersil, menurut kertas pertuduhan.

Menurut Peraturan Haiwan dan Burung (Pencegahan Penyakit Burung pada Ayam Itik Bukan Komersil) 2006, tiada sesiapa pun yang dibenarkan untuk memelihara lebih daripada 10 ekor ayam itik bukan komersil di mana-mana premis.

Ayam itik yang bukan dijual atas tujuan komersil merujuk kepada haiwan itu yang tidak dipelihara atau diternak dalam sebuah ladang atau rumah penyembelihan, tidak disimpan atau dipamerkan bagi penjualan di sebuah kedai haiwan, tidak dipamerkan di mana-mana premis sesuai dengan lesen dan tidak disimpan atau digunakan dalam sebuah kemudahan makmal berlesen.

Woo juga dituduh membiakkan 25 ekor ayam dalam flatnya bagi tujuan komersil dan mengendalikan sebuah ladang ternakan tanpa lesen, serta menggunakan flatnya untuk mengedarkan ayam tanpa lesen.

Peguam Woo meminta kes anak guamnya ditangguhkan pada Rabu, sambil berkata anak guamnya sedang menimbangkan sama ada untuk mengaku bersalah. Woo telah didakwa pada tarikh yang lebih awal.

Hakim menangguhkan kesnya ke Julai.

Jika didapati bersalah kerana mengendalikan ladang ternakan tanpa lesen atau memelihara lebih daripada 10 ekor ayam bukan bagi tujuan komersil, Woo boleh dihukum penjara sehingga setahun, didenda sehingga S$10,000 atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan menggunakan flatnya sebagai tempat untuk mengedarkan ayam sedangkan dia tidak mempunyai lesen, Woo boleh didenda sehingga S$5,000.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan