Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki didakwa kendali cawangan KTV tanpa lesen di tengah pandemik COVID-19

Seorang lelaki didakwa atas beberapa kesalahan pada Jumaat (23 Jul) setelah dia dituduh mengendalikan cawangan KTV tanpa lesen yang dilanggani 15 orang pada Mei.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki didakwa kendali cawangan KTV tanpa lesen di tengah pandemik COVID-19

Petikan skrin Google Street View bangunan di 30 Kaki Bukit Road.

Diterbitkan : 23 Jul 2021 06:41PM Dikemas Kini : 23 Jul 2021 06:44PM

SINGAPURA: Seorang lelaki didakwa atas beberapa kesalahan pada Jumaat (23 Jul) setelah dia dituduh mengendalikan cawangan KTV tanpa lesen yang dilanggani 15 orang pada Mei.

Lee Bing Qian, 31, dikenakan tiga tuduhan menyediakan hiburan awam tanpa lesen, membekalkan minuman keras tanpa lesen dan gagal memastikan premisnya ditutup.

Kertas dakwaan menyatakan kesalahan itu didakwa berlaku pada 7 Mei lalu.

Lee adalah penghuni Empire Technocentre di 30 Kaki Bukit Road. Dia dituduh melanggar peraturan COVID-19 dengan gagal memastikan tidak ada orang memasuki premis itu pada sekitar 1.30 pagi pada 7 Mei.

Dia didakwa memainkan muzik rakaman untuk pelanggan di lokasi itu dan menyediakan bir dan minuman keras Martell.

Menurut polis, Lee dipercayai mengendalikan sebuah cawangan KTV tanpa lesen yang dilanggani 15 orang.

Di bawah peraturan COVID-19, tempat hiburan malam tidak dibenarkan beroperasi, namun beberapa tempat sedemikian diberi kelulusan untuk "beralih" ke operasi makanan dan minuman (F&B) setelah mendapat lesen.

Lee dijadual mengaku bersalah bulan depan.

Jika disabitkan di bawah Akta Kawalan Minuman Keras kerana membekalkan minuman keras tanpa lesen, dia boleh didenda sehingga S$20,000 atas kesalahan pertamanya. Bagi kesalahan kedua, dia boleh dikenakan hukuman tambahan penjara tiga bulan.

Atas kesalahan gagal memastikan premisnya ditutup, dia boleh dipenjara sehingga enam bulan, didenda tidak melebihi S$10,000, atau kedua-duanya. Sekiranya disabitkan kesalahan menawarkan hiburan awam tanpa lesen, dia boleh didenda hingga S$10,000.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan