Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki didakwa guna wang kertas S$50 palsu untuk bayar telefon bimbit

Seorang belia lelaki 19 tahun, didapati bersalah menggunakan wang kertas S$50 palsu untuk membayar pembelian sebuah telefon bimbit, menurut polis dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada Rabu (14 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki didakwa guna wang kertas S$50 palsu untuk bayar telefon bimbit

Gambar fail. (Gambar: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 14 Nov 2018 10:04PM Dikemas Kini : 15 Nov 2018 01:37AM

SINGAPURA: Seorang belia lelaki 19 tahun, didapati bersalah menggunakan wang kertas S$50 palsu untuk membayar pembelian sebuah telefon bimbit, menurut polis dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada Rabu (14 Nov).

Mahkamah diberitahu, Denzel Raphael Haran pada Oktober 2017, memberikan empat wang kertas S$50 kepada seorang wanita untuk membeli telefon bimbit Samsung Note.

Mangsa tersebut sebelum itu mengiklankan telefon bimbit tersebut di Carousell untuk dijual, menurut polis. Beliau membuat aduan polis pada 18 Okt, 2017.

Denzel diberkas pada November tahun lalu.

Pada Isnin (12 Nov), dia dikenakan hukuman latihan pemulihan akhlak selama enam bulan setelah didapati bersalah atas satu tuduhan menggunakan wang kertas palsu.

Pihak polis turut memberkas rakan subahatnya, Mohan Raj Prem, 25 tahun, yang dijatuhi hukuman penjara selama empat tahun dua minggu, serta rotan sebanyak enam kali. Dia didakwa atas satu tuduhan memalsukan wang kertas dan satu tuduhan bersubahat untuk menggunakan wang-wang kertas palsu itu.

Dia juga menghadapi beberapa tuduhan bagi kesalahan-kesalahan lain dibawah Akta Penyalahgunaan Dadah, Akta Lalu lintas Jalan Raya, Akta Senjata Api dan Bahan Letupan dan Kanun Jenayah, menurut polis. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan