Images
  • rivervale 163b
    Blok 163B Rivervale (Gambar: Mediacorp)

Lelaki didakwa di hospital bunuh anak 2 tahun

SINGAPURA: Seorang lelaki 34 tahun didakwa di hospital pada Selasa (18 Jun) kerana membunuh anak perempuannya yang berusia dua tahun pada Hari Ayah (16 Jun).

Teo Johnboy John, seorang warga Singapura dikenakan satu tuduhan membunuh di Hospital Besar Sengkang.

Dia dituduh membunuh Teo Ashley Clare antara 7.40 malam dengan 11.05 malam pada Ahad.

Teo dibawa ke hospital kerana cedera pada Ahad malam, selepas polis menemuinya dalam sebuah bilik tidur di Blok 163B Rivervale Crescent bersama anaknya yang tidak bergerak.

Budak perempuan itu disahkan meninggal dunia pada 12.28 pagi pada 17 Jun.

Polis menerima panggilan meminta bantuan di flat Sengkang itu pada 10.24 malam pada Ahad dan kemudian memberkas Teo.

Jika sabit kesalahan membunuh, dia boleh dihukum mati.

- CNA/TQ/tq

Top