Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki didakwa bunuh warga emas di Beach Road, tuduh mangsa curi duitnya

Seorang lelaki berusia 55 tahun didakwa pada Selasa (15 Sep) atas pembunuhan seorang lelaki berumur 67 tahun di Beach Road. 

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki didakwa bunuh warga emas di Beach Road, tuduh mangsa curi duitnya

Petikan gambar dari sebuah video yang menunjukkan Chng Hock Choon di tempat kejadian. (Video: Patrick Tan/Facebook)

Diterbitkan : 15 Sep 2020 03:12PM Dikemas Kini : 15 Sep 2020 03:13PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 55 tahun didakwa pada Selasa (15 Sep) atas pembunuhan seorang lelaki berumur 67 tahun di Beach Road.

Chng Hock Choon dituduh menyebabkan kematian Encik Miskiman Maakip di sebuah kawasan rumput di belakang Blok 5 Beach Road pada sekitar 3.00 petang Ahad (13 Sep).

Polis sebelum ini menyatakan pihaknya dimaklumkan tentang satu kes pergaduhan di tempat itu dan menemui mangsa terbaring dalam keadaan tidak bergerak setibanya mereka di situ.

Beliau dibawa ke Hospital Tan Tock Seng dan diisytiharkan meninggal dunia sehari kemudian.

Chng didakwa menerusi pautan video dan direman bagi pemantauan psikiatrik. Dia pada awalnya tidak tahu akan dakwaan yang akan dihadapinya dan meminta jurubahasa untuk mengulangi tuduhan itu dalam bahasa Mandarin dan bukan Hokkien.

Chng kemudian mendakwa mangsa mencuri wang daripadanya.

Dia akan dihadapkan semula ke mahkamah pada bulan depan. Jika didapati bersalah membunuh, Chng boleh dijatuhi hukuman mati.

Ini adalah pendakwaan pembunuhan yang keempat dalam masa tiga bulan. Pada Ogos, seorang lelaki berusia 24 tahun didakwa membunuh isterinya di laluan pejalan kaki di Boon Lay Place.

Pada Julai, seorang wanita didakwa bersama seorang lelaki kerana membunuh anak perempuannya yang berusia empat tahun dan membakar mayat mangsa.

Pada bulan yang sama, seorang pembantu rumah didakwa membunuh seorang wanita 95 tahun di sebuah unit kediaman di Recreation Road, dekat Upper Serangoon Road. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan