Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki didakwa bunuh anaknya yang berusia dua tahun

Seorang lelaki 34 tahun akan didakwa di mahkamah pada Selasa (18 Jun) kerana membunuh anaknya yang berusia dua tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki didakwa bunuh anaknya yang berusia dua tahun

Petikan skrin Google Maps menunjukkan blok 163B Rivervale Crescent

Diterbitkan : 17 Jun 2019 11:12PM Dikemas Kini : 17 Jun 2019 11:38PM

SINGAPURA: Seorang lelaki 34 tahun akan didakwa di mahkamah esok (18 Jun) kerana membunuh.

Menurut polis dalam satu kenyataan hari ini (17 Jun), lelaki tersebut ditemui cedera di Blok 163B Rivervale Crescent malam semalam (16 Jun) bersama anaknya yang berusia dua tahun, dalam keadaan tidak bergerak. Polis memberi respons kepada panggilan telefon bagi bantuan di flat di Sengkang itu pada 10:24 malam semalam.

Kedua-duanya dikejarkan ke Hospital Besar Sengkang di mana budak itu disahkan meninggal dunia pada 12:28 pagi Isnin (17 Jun).

Polis menyifatkannya sebagai kes membunuh dan siasatan masih dijalankan.  

Sumber : BERITA Mediacorp/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan