Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki didakwa berikan wanita makan pil tidur untuk mencuri wangnya

Seorang lelaki didakwa hari ini (26 Sep) kerana memberikan ubat tidur kepada seorang wanita di sebuah poliklinik dengan niat untuk mencuri daripadanya.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki didakwa berikan wanita makan pil tidur untuk mencuri wangnya

Petikan gambar Poliklinik Queenstown di 580 Stirling Road dari Google Street View.

Diterbitkan : 26 Sep 2019 11:39PM Dikemas Kini : 26 Sep 2019 11:42PM

SINGAPURA: Seorang lelaki didakwa hari ini (26 Sep) kerana memberikan ubat tidur kepada seorang wanita di sebuah poliklinik dengan niat untuk mencuri daripadanya.

Oh Koon Shin dituduh menyebabkan Ng Phek Huay mengambil Zopiclone, iaitu sejenis pil tidur, pada pukul 9.00 pagi pada 9 September di Poliklinik Queenstown.

Lelaki berusia 58 tahun itu dipercayai mencuri wang tunai S$2,500 daripada wanita berkenaan, menurut kertas pertuduhan.

Dia pertama kali dituduh mencuri pada 12 September dan ditahan reman bagi menjalani pemerhatian psikiatrik, menurut rekod mahkamah.

Hari ini, empat dakwaan baru dikenakan ke atasnya termasuk dakwaan memberikan ubat tersebut.

Tiga pertuduhan lain juga adalah untuk kesalahan mencuri dan ada kaitan dengan tiga insiden berasingan pada bulan Julai, Ogos dan September tahun ini.

Dia dituduh mencuri wang tunai S$1,000 dan RM800 serta barang kemas termasuk rantai emas berloket Buddha daripada seorang mangsa bernama Ong Kay Ee pada 9 Julai di Boon Lay.

Lebih sebulan selepas itu, pada 31 Ogos, dia dikatakan mencuri dompet, gelang emas dan kunci rumah bernilai sekitar S$800 milik Tng Kwee Huay di estet perumahan Jurong East.

Menurut kertas pertuduhan, dia kemudian menyasarkan seorang individu bernama Ang Poh Choo di kawasan Queensway pada 6 September. Dia mencuri rantai jed, cincin, wang tunai, kad EZ Link Generasi Perintis dan barang-barang lain yang kesemuanya bernilai S$400.

Oh adalah suspek yang dikaitkan dengan satu kes tular melibatkan seorang wanita yang menyatakan menerusi catatan Facebook, bahawa neneknya diberi ubat tidur dan dirompak di sebuah poliklinik.

Oh akan dihadapkan ke mahkamah lagi pada 10 Oktober.

Jika dia disabit kesalahan memberikan ubat tidur kepada seseorang untuk mencuri, dia boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga 10 tahun dan didenda. Dia tidak boleh disebat kerana sudah berusia lebih 50 tahun.

Denda bagi kesalahan mencuri adalah maksimum tiga tahun penjara, denda atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan