Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki didakwa atas tindakan melulu dalam video tular bersemuka dengan pemandu teksi

Seorang lelaki, yang tular dalam sebuah video menunjukkan dia menghentak sebuah teksi menggunakan topi keledarnya sekalipun ada bayi di dalamnya, didakwa di mahkamah pada Khamis (14 Okt). 

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki didakwa atas tindakan melulu dalam video tular bersemuka dengan pemandu teksi

Petikan video insiden itu dari laman Facebook Roads.SG dan Beh Chia Lor.

Diterbitkan : 14 Oct 2021 01:15PM Dikemas Kini : 14 Oct 2021 01:16PM

SINGAPURA: Seorang lelaki, yang tular dalam sebuah video menunjukkan dia menghentak sebuah teksi menggunakan topi keledarnya sekalipun ada bayi di dalamnya, didakwa di mahkamah pada Khamis (14 Okt).

Joel Tan Qing Wei, 30 tahun, dikenakan satu tuduhan melakukan tindakan melulu. Dia dituduh mencampakkan pengelap cermin kereta ke tingkap depan teksi CityCab, menyebabkannya berkecai sekalipun ada penumpang di dalam kenderaan tersebut.

Tindakan melulu itu, membahayakan keselamatan peribadi orang lain, dan didakwa berlaku sekitar jam 6.05 petang pada 10 Oktober di lorong bersebelahan Blok 804B, Keat Hong Close.

Pihak pendakwa meminta kes ditangguhkan tiga minggu untuk siasatan diselesaikan, sambil menarik perhatian bahawa Tan sedang disiasat oleh Biro Narkotik Pusat (CNB) bagi kesalahan dadah.

Tan berkata dia akan cuba untuk mendapatkan pelepasan ikat jamin. Dia ditawarkan ikat jamin S$5,000.

Dalam satu kenyataan awal dari itu, polis menyatakan pihaknya dimaklumkan tentang kes seorang lelaki yang "meremukkan" sebuah teksi di Blok 804B Keat Hong Close di Choa Chu Kang sekitar pukul 6.10 petang pada Ahad lalu.

Berdasarkan siasatan awal, lelaki itu dipercayai bersemuka dengan pemandu teksi berkenaan berhubung satu pertikaian lalu lintas dan menghentak tekse itu menggunakan topi keledar motosikalnya, menyebabkan kerosakan.

Pemandu teksi berkenaan serta penumpang di dalamnya, termasuk seorang bayi, tidak cedera, lapor polis.

Tan dikenal pasti dan diberkas dua hari kemudian. Menurut kenyataan polis yang dikeluarkan pada Selasa, Tan juga disiasat bagi perbuatan nakal, menunjukkan tingkah laku yang mengancam dan gagal memakai pelitup ketika berada di tempat awam.

Jika didapati bersalah kerana melakukan tindakan melulu yang membahayakan keselamatan peribadi, Tan boleh dihukum penjara sehingga enam bulan, didenda sehingga S$2,500 atau kedua-duannya sekali. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan