Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki diberkas selepas tikam wanita di Geylang

Seorang lelaki 29 tahun diberkas hari ini (30 Dis) kerana didakwa menikam seorang wanita di Geylang.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki diberkas selepas tikam wanita di Geylang

Petikan gambar dari video yang tersebar online.

Diterbitkan : 30 Dec 2017 10:43PM Dikemas Kini : 30 Dec 2017 10:44PM

SINGAPURA: Seorang lelaki 29 tahun diberkas hari ini (30 Dis) kerana didakwa menikam seorang wanita di Geylang.

Dalam satu kenyataan media, polis menyatakan mereka menerima aduan pada sekitar 11.50 pagi hari ini (30 Dis) tentang seorang lelaki yang menikam wanita di Lorong 16 Geylang. Lelaki itu ditangkap pada hari yang sama di Guillemard Road pada 12.15 tengah hari.

Dia akan didakwa di mahkamah pada 1 Januari atas kesalahan mencederakan seseorang dengan sengaja, menggunakan senjata berbahaya. Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjara seumur hidup atau sehingga 15 tahun. Dia juga boleh didenda atau dirotan.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan