Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki diberkas selepas cuba bayar tambang guna wang kertas S$50 palsu

Seorang lelaki diberkas kerana menggunakan wang kertas S$50 yang palsu untuk membayar tambang kereta sewa privet, menurut satu kenyataan polis pada Selasa (19 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki diberkas selepas cuba bayar tambang guna wang kertas S$50 palsu

(Gambar: SPF)

Diterbitkan : 19 Feb 2019 07:44PM Dikemas Kini : 19 Feb 2019 07:48PM

SINGAPURA: Seorang lelaki diberkas kerana menggunakan wang kertas S$50 yang palsu untuk membayar tambang kereta sewa privet, menurut satu kenyataan polis pada Selasa (19 Feb).

Kes tersebut terbongkar pada 12 Februari, apabila pemandu itu membuat aduan bahawa beliau diberi wang kertas palsu sebagai bayaran oleh seorang penumpang.

"Pemandu tersebut ternampak wang kertas itu tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan dan terus menolaknya," menurut pihak polis.

Beliau kemudian mengembalikan wang kertas itu kepada penumpang tersebut dan membuat aduan polis.

Menerusi siasatan susulan, para pegawai memberkas lelaki berusia 25 tahun itu di Marsiling Rise sekitar 2.00 petang pada Isnin.

Polis menemui dan merampas beberapa keping wang kertas S$100 palsu selain pencetak warna dan telefon bimbit sebagai bahan bukti.

Lelaki berkenaan akan didakwa pada Rabu.

Jika sabit kesalahan memalsukan wang, lelaki itu boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan didenda. Sesiapa yang didapati bersalah menggunakan wang palsu boleh dikenakan hukuman yang sama.

Sesiapa yang didapati bersalah memiliki wang sedemikian juga boleh dipenjara selama 15 tahun dan didenda.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan