Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki diberkas jual alat pernafasan, pelitup N95 tiruan

Seorang lelaki berusia 34 tahun diberkas kerana dipercayai terlibat dalam penjualan online bagi alat pernafasan tiruan, menurut polis dan Penguasa Sains Kesihatan (HSA) dalam satu kenyataan media bersama pada Rabu (21 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki diberkas jual alat pernafasan, pelitup N95 tiruan

Gambar hiasan pelitup N95 (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 21 Apr 2021 12:44PM Dikemas Kini : 21 Apr 2021 12:49PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 34 tahun diberkas kerana dipercayai terlibat dalam penjualan online bagi alat pernafasan tiruan, menurut polis dan Penguasa Sains Kesihatan (HSA) dalam satu kenyataan media bersama pada Rabu (21 Apr).

Lelaki itu diberkas dalam operasi yang diterajui oleh Jabatan Siasatan Jenayah (CID) yang turut disokong oleh para pegawai dari HSA.

Semasa operasi itu dilancarkan, lebih 41,000 alat pernafasan yang melanggar tanda dagangan dirampas, dengan nilai pasarannya dianggarkan lebih S$201,000.

Antara barangan yang dirampas termasuk pelitup N95, menurut HSA.

Ujian sedang dijalankan ke atas alat pernafasan yang dirampas itu untuk memastikan sama ada ia palsu.

"Siasatan awal menunjukkan bahawa lelaki itu dipercayai telah mendapatkan alat-alat pernafasan yang disyaki tiruan daripada sumber-sumber asing dan menjualnya secara online," menurut polis.

Di bawah Akta Produk Kesihatan, ia adalah satu kesalahan di sisi undang-undang jika menjual atau membekalkan produk kesihatan tiruan.

Jika didapati bersalah kerana mengimport atau membekalkan produk kesihatan tiruan, lelaki itu boleh didenda sehingga S$100,000, dihukum penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Jika didapati bersalah kerana menjual atau membekalkan produk yang dibubuhkan dengan tanda dagangan palsu, lelaki itu boleh didenda sehingga S$100,000, dihukum penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Siasatan terhadap lelaki itu sedang diteruskan.

"Pihak polis memandang serius terhadap kesalahan melanggar hak cipta intelektual dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap pesalah yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan daripada pengguna dan perniagaan haram sedemikian," menurut kenyataan media itu.

Polis juga menasihatkan para pengguna supaya jangan membeli produk kesihatan seperti alat pernafasan daripada sumber-sumber yang mencurigakan atau tidak dikenali, seperti laman online yang tidak bertauliah. Ini kerana ia mungkin tiruan, tidak selamat, rendah mutunya, atau dihasilkan dalam keadaan yang tidak bersih.

Sumber : CNA/AY/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan