Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki diberkas disyaki terlibat kes penipuan sewa kereta di Carousell

Seorang lelaki berusia 39 tahun ditangkap pada Sabtu (29 Mei) kerana disyaki terlibat dalam satu siri penipuan sewa kereta.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki diberkas disyaki terlibat kes penipuan sewa kereta di Carousell

Gambar hiasan. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 30 May 2021 08:32PM Dikemas Kini : 30 May 2021 09:30PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 39 tahun ditangkap pada Sabtu (29 Mei) kerana disyaki terlibat dalam satu siri penipuan sewa kereta.

Pada 16 Mei, polis menerima aduan daripada seorang mangsa yang mendakwa dirinya ditipu oleh seorang penjual di platform online Carousell selepas menjawab satu iklan sewa kereta.

"Penjual menawarkan kepada mangsa sebuah kereta sewa pada harga yang menarik," menurut polis dalam satu kenyataan media hari ini (30 Mei).

Selepas mangsa membayar deposit menerusi PayNow, lelaki itu tidak dapat dihubungi dan tidak menghantar kereta sewa tersebut.

Polis kemudian berjaya mengenal pasti identiti suspek menerusi siasatan dan menangkapnya pada Sabtu.

Siasatan awal menunjukkan lelaki itu dipercayai terlibat dalam beberapa kes penipuan serupa, menurut polis

Lelaki itu akan didakwa di mahkamah esok (31 Mei) kerana menipu.

Jika sabit kesalahan dia boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan dikenakan denda.

Polis menasihatkan orang awam supaya berhati-hati apabila melakukan urus niaga online:

  • Jika harganya muluk-muluk belaka, ia mungkin tidak benar. Beli hanya daripada penjual yang disahkan atau daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai, lebih-lebih lagi bagi barangan bernilai tinggi.
  • Pilih perlindungan untuk pembeli dengan membuat pembayaran yang hanya melepaskan bayaran kepada penjual selepas barang dihantar. Seberapa boleh, elak daripada membuat bayaran lebih awal atau pemindahan langsung bank kepada penjual kerana kaedah itu tidak menjamin sebarang perlindungan.
  • Penipu mungkin memperdaya pembeli supaya berkomunikasi menggunakan platform seperti WhatsApp atau WeChat dengan menawarkan khidmat pembayaran lebih baik dan cepat jika pemindahan wang dibuat secara langsung kepada mereka. Mereka juga mungkin menggunakan akaun bank tempatan atau menyediakan salinan kad pengenalan atau lesen pemandu untuk meyakinkan pembeli bahawa mereka penjual yang jujur. 
Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan