Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki diberkas; disyaki serang bapa sendiri hingga cedera parah

Seorang lelaki berusia 21 tahun diberkas kerana disyaki menyerang bapanya dengan objek tajam, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Rabu (12 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki diberkas; disyaki serang bapa sendiri hingga cedera parah

Gambar fail seseorang yang digari.

Diterbitkan : 12 May 2021 11:08AM Dikemas Kini : 12 May 2021 11:16AM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 21 tahun diberkas kerana disyaki menyerang bapanya dengan objek tajam, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Rabu (12 Mei).

Menurut SPF, pihaknya dimaklumkan mengenai insiden di Commonwealth Avenue West itu sekitar 11.20 malam pada Isnin.

Bapanya, 41 tahun, mengalami beberapa kecederaan dan dibawa ke hospital dalam keadaan sedar. Anaknya itu meninggalkan tempat kejadian sebelum polis tiba di sana.

"Siasatan awal menunjukkan bahawa kedua-dua lelaki itu dipercayai bertikai sebelum berlaku kejadian tersebut," menurut SPF.

Para pegawai polis mengenal pasti lokasi lelaki berusia 21 tahun itu melalui siasatan yang dijalankan menggunakan rakaman dari kamera polis. Dia ditangkap dalam masa empat jam, menurut polis.

Lelaki itu akan didakwa pada Rabu atas tuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan dengan cara yang berbahaya. Sekiranya didapati bersalah, dia boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, didenda atau dirotan, atau atau gabungan hukuman-hukuman tersebut.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan